Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Malaysia4Palestin: “Saya Tak boleh Tidur, Menangis…” - Syafinaz Selamat

Mya Amri 25/05/2024 | 12:25 MYT
Penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat berkongsi perasaannya mengenai pergolakan yang berlaku di Palestin.

Tak boleh tidur

Menurut Syafinaz, dia tidak dapat melelapkan mata apabila terkenangkan nasib yang menimpa rakyat Palestin.
“Secara peribadinya saya tak nak bila dah sampai satu ketika nanti kita rasa macam oh perang, biasalah macam ni.
“Kalau mula-mula dulu kita tengok gambar, saya sampai tak boleh tidur. Setiap malam bangun sahaja, bila terjaga akan buka telefon tengok itu dulu.
“Lepas itu menangis dan tidak boleh tidur, rasa sampai macam tu, saya takutlah suatu ketika nanti kita rasa perang biasalah macam ni.
“Kita kena fikir macam mana kita nak bantu supaya ia berhenti di sini, sekarang,” katanya sebak.

“Kita akan bercerita tentang Palestin...

Sementara itu, mengulas mengenai program Malaysia4Palestin, Syafinaz berkata ini merupakan inisiatif terbaik sebagai tanda solidariti terhadap negara berkenaan.
“Kita akan bercerita tentang Palestin, cara cara bagaimana anda dapat membantu masyarakat di sana dengan menderma.
“Jadi saya harap semua orang akan ambil kesempatan ini untuk melihat dan sama-sama membantu.
“Sebab saya pasti semua orang cuba untuk membantu sebanyak yang boleh dan insyaAllah yang ini pastinya akan sampai,” ujarnya.

Malaysia4Palestin

Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin.
Saluran ini akan disediakan bermula 12 tengah hari, Sabtu, 25 Mei 2024 hingga 12 tengah hari, Ahad, 26 Mei 2024 di Astro saluran 111, Astro GO dan sooka, juga di Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Klik, tanpa caj tambahan.
Saluran Malaysia4Palestine akan menampilkan temubual, persembahan khas dan dokumentari dalam mengetengahkan nasib rakyat Palestin.
Sebagai tambahan, saluran ini memberi peluang kepada penonton untuk memberi sumbangan ke tabung rasmi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dengan mengimbas kod QR yang akan disediakan pada skrin.
Inisiatif ini mendapat sokongan lebih 100 personaliti tempatan dari dunia filem, TV, berita, muzik, media digital dan bantuan kemanusiaan.
Personaliti-personaliti terkenal yang akan turut mengambil bahagian dalam inisiatif Malaysia4Palestine termasuk Datuk M. Nasir, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus, Datuk Aaron Aziz, Dr Soo Wincci, Alif Satar, Lisa Surihani, Denes Kumar, Datuk Syafinaz Selamat, Elizabeth Tan, Sherry Alhadad, Ceddy Ang, Nadhir Nasar, Meerqeen, Naim Daniel, Mira Filzah, Bella Astillah, Ella, Thomas Kok, Nabil Ahmad, dan ramai lagi.
Rakyat Malaysia boleh menyumbang ke AAKRP melalui saluran sementara selama 24 jam, bermula 12 tengah hari, 25 Mei di Astro, sooka dan RTM.
#Artis #perang #Syafinaz Selamat #Israel #Palestin #hiburan #Syafinaz #Palestine #Malaysia4Palestine
;