Laman Utama

"Malu Kalau Bercerai, Padahal Hari-Hari Kena Pukul" - Aidit Noh Nasihat Mangsa Domestic Violence Jangan Malu, Bersuara Kalau ...

Amri Hassan
28/06/2022
08:25 MYT
Sponsor Banner
"Malu Kalau Bercerai, Padahal Hari-Hari Kena Pukul" - Aidit Noh Nasihat Mangsa Domestic Violence Jangan Malu, Bersuara Kalau ...
Pelakon Dendam Seorang Isteri, Aidit Noh menasihati golongan wanita agar tidak takut dengan golongan lelaki dan tampil bersuara seandainya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Jelas Aidit, tidak bermakna sayang atau malu untuk bercerai sekiranya hari-hari berendam air mata.
"Mungkin ada yang takut dengan ancaman dari pihak lelaki (suami) dan malu kerana zaman sekarang ramai yang mementingkan pandangan orang lain dari kesihatan mental sendiri.
"Contohnya, malulah kalau bercerai padahal hari-hari kena pukul, kena tunjukkan keluarga bahagia di media sosial barulah orang sanjung.
"Mereka juga mungkin tiada petunjuk kepada siapa harus berkongsi dan mungkin ada yang tidak punyai wang yang cukup untuk mendapatkan khidmat guaman.
"Tidak mustahil juga ada wanita yang masih sayangkan lelaki yang memukul mereka, sanggup membela lelaki biawak hidup dan macam-macam lagi," ujarnya ketika diminta mengulas mengenai isu keganasan rumah tangga yang semakin meruncing ketika ini.
Tidak menolak punca tiada kesedaran sivik dan gagal mengawal perasaan marah, punca keganasan rumah tangga yang terjadi dewasa kini banyak berpunca daripada diri sendiri.
"Ada yang sukar untuk mengawal marah, benda kecil pun nak angkat tangan dan ia boleh berlaku kepada mana-mana gender tak kira wanita atau lelaki.
"Ada juga yang mungkin insecure, bila tak pandai kawal boleh jadi overprotected dan over jealous!
"Mungkin ada yang rasa diri dominan, ego dalam menegakkan sesuatu fakta dan merasakan diri sendiri saja yang betul," ujarnya.
Biarpun tidak pernah berdepan pengalaman dengan individu yang dikasari, nasihat Aidit agar mangsa terutama golongan wanita agar tampil mendapatkan bantuan dan sokongan daripada individu sekeliling seandainya berdepan situasi dikasari oleh golongan lelaki.
"Kepada individu yang sering melakukan keganasan terhadap orang lain, bersedialah menerima hukuman dan pastinya komen-komen negatif dari netizen.
"Saya rasa sekarang ini masyarakat sudah tenat, sampai setiap hari cari bahan untuk melontarkan komen-komen negatif dan sarkastik. Itu membuktikan mereka yang berdepan tekanan mental," tambahnya.
Drama rantaian Dendam Seorang Isteri diarahkan oleh Nizam Zakaria dan Uchee Fukada dan dibintangi oleh Fasha Sandha, Wan Raja, Nad Zainal serta Aidit Noh.
Drama 85 episod itu diadaptasi dari drama popular Korea Selatan, Temptation of Wife disiarkan secara eksklusif menerusi slot Tiara di Astro Prima (saluran 105), setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.
Anda boleh menyaksikan semula semua episod di Astro Go atau On Demand.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar