Hiburan
"Malu Nak Cakap Ini Adalah Kali Pertama Kami..." - Vivy Yusof
Usahawan popular, Datin Vivy Yusof telah membuat pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan buat pertama kali bersama suaminya, Datuk Fadza Anuar.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Vivy, dia bersyukur kerana hasil pemeriksaan itu mendapati dia tiada masalah kesihatan.
"Rasa malu nak cakap, tapi ini adalah pertama kali kami lakukan pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan.
"Saya gembira apabila Doktor memberitahu saya betul-betul sihat sepenuhnya, Alhamdulillah," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Vivy turut memberitahu paras gula dalam darahnya juga berada di tahap yang baik.
"Paras gula dalam darah saya juga berada di tahap yang baik, mungkin boleh teruskan apa yang saya biasa lakukan seperti sebelum ini," selorohnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan turut menyedari kepentingan melakukan pemeriksaan kesihatan secara keseluruhan.
Imbas kembali, Vivy dan Fadza mendirikan rumah tangga pada tahun 2012.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Daniel Azim Shah, 5, Mariam Iman Shah, 3 dan Sarah Ilham shah yang dilahirkan pada 10 Oktober tahun lalu.