Laman Utama

“Malu Orang Semenanjung, Masih Ada Yang Buta Bahasa Malaysia” - Tiz Zaqyah

Asyikin Mayudin
24/09/2023
23:50 MYT
Sponsor Banner
“Malu Orang Semenanjung, Masih Ada Yang Buta Bahasa Malaysia” - Tiz Zaqyah
Pelakon Tiz Zaqyah menerusi platfrom X memuji sikap rakyat Borneo yang kebanyakkannya bertutur menggunakan bahasa Kebangsaan.
Seronok ketika berada di negeri bawah bayu itu, Tiz bagaimanapun berkata rakyat yang menetap di Semenanjung sepatutnya berasa malu dengan perkara tersebut.
"Seronok duduk Borneo ni. They speak the same language. Tak kisah bangsa. Malu orang Semenanjung, masih ada yang buta berbahasa Malaysia. Boo," tulisnya.
Difahamkan, pelakon drama siri Liar itu pergi ke Sarawak sejak beberapa hari lalu atas urusan kerja.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas berkata mereka bersetuju dengan pendapat Tiz.
“Lagi best, mereka punya slang bahasa baku. Jadi senang nak faham.
“Betul. Ini setuju. Semua sibuk nak speaking English dan speak bahasa Indonesia. Sepatutnya orang luar datang negara kita, diorang belajar bahasa kita, ini kita pula sibuk ikut slang mereka.
“Betul la tu. IC je biru tapi tak fasih berbahasa Melayu. Semalam tengah makan, ada makcik dari Switzerland fasih berbahasa Melayu walau dah lama tinggalkan Malaysia sebab dia kahwin orang Malaysia,” komen netizen.
BACA SINI: Tiz Zaqyah Syukur Rezeki Dapat Melawat Abdurrahman, Sampai Ke Muar Hantar Sumbangan
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar