Laman Utama

"Mama…” - Comelnya Anak Eyra Hazali Sebut Perkataan Pertama!

Azwa Rahman
09/08/2021
13:02 MYT
Sponsor Banner
"Mama…” - Comelnya Anak Eyra Hazali Sebut Perkataan Pertama!
Pelakon Eyra Hazali berkongsi detik bermakna apabila anaknya Muhammad Hayder Qhalish, menyebut perkataan pertama iaitu ‘mama’.
Menerusi laman sosial Twitter, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali berkongsi video tersebut untuk tatapan umum. Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji kecomelan wajah Hayder yang siap diikat rambut oleh ibunya.
Malah, aksi Hayder menyebut ‘mama’ itu mencairkan hati ramai pengikutnya.
Eiiii geramnya!!! nak pinjam seminggu jaa nnti bagi balik,” kata seorang wargamaya.
Comelnya bila dia sebut Mama..gerammnya..clever boy,” puji seorang wargamaya.
Hi, Aunt fans you la.. semoga jadi anak soleh,” doa seorang wargamaya.
I watched more than 10 times sbb too cute! Both of them are so adorable,” tulis seorang wargamaya.
EYRA PLS!!!!!! JANGAN BUAT I RASA NAK KAWIN,” usik seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Hayder Qhalish dilahirkan pada 14 Ogos 2020.
Terdahulu, Eyra mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Haziq Nazdli yang merupakan penjaga gol JDT pada 1 November 2019.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar