Viral
"Mama Ditimpa Ujian Demi Ujian ..." - Sayunya Luahan Hati Anak Arwah Pensyarah
Anak kepada pensyarah yang meninggal dunia akibat dijerut tudung oleh suaminya, Hana Saffiyah mendapat perhatian ramai selepas meluahkan rasa sayang terhadap arwah ibunya di laman Facebook.
Menurut Hana, sudah sampai masa ibunya berehat selepas berulang kali ditimpa ujian.
"Innalilahiwainnalilahirojiun. 30 Julai 2020, 9 Dzulhijjah 1441 Hijr, Hari Arafah. Hana harap mama tahu, yang mama sentiasa disayangi orang dikeliling mama.
"Hana sentiasa sayang mama. Terima kasih mama. Mama ditimpa ujian demi ujian lalu tiba masanya untuk mama pergi," tulisnya.
Dalam pada itu, gadis berusia 14 tahun ini turut mengakui yang dirinya berasa rindu kepada arwah.
"Hana rindu mama sangat-sangat. Semoga kita ditemukan semula arwah mama sayangku. Alfatihah," tulisnya lagi.
Pada hari Rabu lalu, seorang pensyarah di sebuah universiti awam ditemui berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil.
Hasil bedah siasat yang dijalankan pada Khamis lalu mendapati punca kematian adalah disebabkan jerutan di leher.
Siasatan yang dijalankan ke atas suami mangsa mendapati hubungan kedua-duanya mempunyai masalah kerana lelaki itu melafazkan cerai pada pada 24 Jun lalu.
Suspek direman sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.