Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Mamat Got No Chill Dah Kahwin, Ramai Puji - “Wife Dia Cantik, Comel”

Mya Amri 09/12/2023 | 13:50 MYT
Pempengaruh media sosial, Mamat Got No Chill selamat melangsungkan perkahwinannya bersama wanita pilihan hati, Siti Nurhana pada Jumaat.
Mamat yang juga sahabat kepada pempengaruh Ubai Mz itu mengenakan busana sedondon berona putih bersama isterinya.
Lebih manis lagi, perkahwinan Mamat bersama Hana itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata menyukai isterinya.
Mereka memuji kecantikan isteri Mamat dan wanita itu kelihatan comel dan manis.
Malah majlis perkahwinan Mamat itu juga turut disukai netizen kerana bersederhana dan mempunyai vibe kampung. undefined
Antara komen yang diterima adalah:
“Wife dia cantik, comel,”
“Ni baru diam-diam berisi taken. Tahniah Mamat, suka la vibes dia kampung style dan cantik je tenang,”
“Nice, tak nampak bermewahan. Tahniah Mamat,”
“Ei comel sangatlah wife Mamat ni,”
Terdahulu, Mamat atau nama sebenarnya Muhammad Firdaus Mat Nahar, 26, telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1212.12 kepada pengantin perempuan.
Majlis akad nikah pasaangan ini juga dipercayai berlangsung di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Johor.
Mamat sebelum ini cukup dikenali terutamanya dalam kalangan pengguna TikTok dengan konten lucu yang sering dilakukannya.
Kredit foto: @faridismproduction
#Kahwin #TikTok #Pempengaruh #Mamat Got No Chill
;