Laman Utama
#MamiPiqahCorner: Apa Punca Adik Beradik Bergaduh? Rupanya Ini Peranan Ibu Bapa…
Baru-baru ini kes pergaduhan antara adik beradik selepas pulang dari sekolah sehingga melibatkan salah seorang maut telah mengejutkan ramai pihak.
Rata-rata warga maya dan netizen meluahkan pelbagai reaksi terhadap kes itu termasuk bersimpati dengan nasib yang menimpa remaja yang didakwa tertikam adiknya sendiri kerana kini ditahan reman untuk siasatan polis.
Mami Piqah juga terkejut dan tak sangka perkara begini boleh berlaku, difahamkan hanya kerana tidak puas hati dengan isu tempat duduk di dalam kereta pergaduhan mereka berlaruatan hingga tiba ke rumah.
Sebenarnya isu bergaduh anak-anak dalam kalangan adik beradik ini sudah biasa kita dengar terutama waktu zaman kita kanak-kanak.
Malah ibu bapa masa kini juga menghadapi masalah yang sama dikalangan anak-anak mereka yang berada dalam fasa membesar.
Namun tahukah anda, ibu bapa juga boleh memainkan peranan untuk mengurangkan pergaduhan dikalangan anak-anak?
Menurut laporan TheAsianParent, ada empat tips yang boleh dilakukan ibu bapa dalam membantu hubungan anak-anak lebih rapat.
#1 Beri layanan yang sama kepada setiap anak : Kalau ibu bapa tidak beri layanan yang adil, ini akan menimbulkan konflik dan menyebabkan adik beradik bergaduh.
#2 Jangan bergaduh depan anak : Kajian menunjukkan kanak-kanak akan ikut cara ibu bapa mereka bergaduh
#3 Perkenalkan sistem yang boleh menghalang pergaduhan: Satu cara ialah dengan melakukan sesuatu secara bergilir supaya ia adil dan kedua-dua anak diberi peluang yang sama rata. Sistem ini boleh diguna dalam kegiatan harian seperti menentukan siapa duduk di kerusi depan, siapa tekan butang lif, siapa pilih muzik dan sebagainya.
#4 Luangkan lebih banyak masa untuk berseronok dengan anak: cara untuk cuba mengeratkan hubungan antara adik beradik bukan hanya tentang penghapusan konflik. Sebaliknya, tumpukan usaha anda untuk membina ikatan yang lebih positif melalui kenangan bahagia apabila mereka sedang berseronok bersama