Laman Utama
#MamiPiqahCorner: Berpantang Ibu Bersalin Normal & Czer Berbeza? Ini Perkara Paling Ketara!
Nampaknya ramai ibu-ibu hamil sedang tersenyum gembira apabila Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa suami kini boleh menemani isteri ketika bersalin untuk hospital kerajaan.
Mami Piqah faham sangat perasaan ibu-ibu ini kerana waktu getir nak melahirkan anak itu adalah masa yang penting untuk mereka bertarung nyawa serta memerlukan sokongan yang padu dari orang tersayang terutama suami.
Sebelum ini, suami tidak dibenarkan memenami isteri ketika di dewan bersalin kerana pandemik yang melanda tetapi sekarang dibenarkan dengan syarat sudah lengkap dua dos dan menjalani ujian saringan Covid-19.
Bercakap mengenai bersalin, seperti semua maklum setiap ibu akan melalui salah satu cara melahirkan anak sama ada secara normal atau pembedahan.
Dua-dua cara bersalin ini mempunyai risiko yang berbeza kepada ibu dan bayi namun itulah pengorbanan wanita.
Namun apa yang sering diperdebatkan adalah cara berpantang kedua-dua cara bersalin ini yang dikatakan agak berbeza.
Berikut antara perbezaan atau cara berpantang ibu-ibu yang melahirkan secara pembedahan atau ‘czer’:
#1 Urut
Wanita berpantang memang sinonim dengan berurut bagi melegakan serta merehatkan otot selepas 9 bulan hamil dan bertarung nyawa melahirkan anak. Namun untuk ibu yang bersalin secara pembedahan tidak dibenarkan untuk berurut dia bahagian perut malah tidak selesa juga untuk meniarap. Jadi mereka terhad untuk urut di bahagian bahu serta kaki dan tangan. Paling dielak adalah bahagian perut kerana luka pembedahan masih belum sembuh.
#2 Bengkung
Selepas bersalin, ibu akan mendapati tubuh mereka terutama perut berada dalam bentuk yang sedikit menggelebeh. Salah satu cara yang diamalkan dari tok nenek kita dulu adalah dengan memakai bengkung kain. Namun kini sudah semakin moden ramai yang sudah memakai bengkung yang dilekaykan dengan mudah berbanding dulu menggunakan kain yang diikat. Bagaimana pun untuk ibu yang bersalin pembedahan ia tak digalakkan kerana luka mereka di perut mengambil masa sehingga dua hingga empat miggu paling cepat untuk sembuh. Jika mahu mungkin mereka perlu lebih berjaga-jaga supaya luka pembedahan terjaga.
#3 Bertungku
Bertungku juga antara amalan popular untuk ibu-ibu ketika berpantang. Fungsinya untuk melegakan otot dalam badan serta melancarkan peredaran darah. Jika ibu yang bersalin normal boleh bertugku penuh seluruh badan beza pula bagi ibu yang bersalin pembedahan. Pergerakan mereka terbatas jadi mereka hanya bertungku mengikut kemampuan.
#4 Jaga Makan
Banyak panduan makanan berpantang yang sering diamalkan dari sejak zaman tok nenek kita lagi. Namun apa yang penting bagi Mami Piqah makanan itu seelok-eloknya perlulah dari hasil yang mempunyai sumber penghadaman yang baik bagi mengelak sembelit. Yelah bukan senang dalam keadaan selepas bersalin untuk melalui sakit sembelit dan buasir.