Laman Utama

#MamiPiqahCorner: Ibu Hamil Sering Lupa Makan Asid Folik? Doktor Ini Beri Amaran- "Bayi Boleh Cacat..."

Syafiqah Jalal
14/12/2022
12:47 MYT
Sponsor Banner
#MamiPiqahCorner: Ibu Hamil Sering Lupa Makan Asid Folik? Doktor Ini Beri Amaran- "Bayi Boleh Cacat..."
Mami Piqah pasti kaum ibu kenal atau 'familiar' dengan nama asid folik iaitu vitamin tambahan yang diberikan doktor setiap kali hamil.
Tapi Mami Piqah dapat tahu masih ada yang tidak tahu kepentingan pengambilan asid folik untuk ibu hamil sehingga ada yang mengabaikan ubat berkenaan.
Mami Piqah tertarik dengan perkongsian seorang doktor iaitu Dr. Samhan tentang asid folik yang menjadi penentu kepada pertumbuhan bayi dalam kandungan.
Menurut doktor berkenaan ada seorang ibu akui sering terlupa dan mengabaikan pengambilan ubat berkenaan dan bertanyakan kesannya pada bayi.
Berikut penerangan panjang lebar dari doktor yang membuka mata ibu ibu bahawa bayi mereka boleh cacat kerana kuragnya pengambilan asid folik.
"Asid Folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. la wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, yis & ekstrak daging lembu.
"Sesetengah makanan seperti roti & bijirin sarapan diperkuat dengan Asid Folik
"Tujuannya bukan untuk meningkatkan kesuburan, tetapi untuk mencegah kecacatan janin Neural Tube Defect (NTD).
"Asid folik perlu diambil lebih awal sebelum hamil untuk membantu petumbuhan janin yang bakal dikandung membentuk dengan sempurna dan diteruskan mengambilnya untuk tiga bulan pertama kehamilan," jelasnya.
Doktor itu turut mendedahkan tiga kecacatan akan berlaku jika ibu hamil kekurangan asid folik.
"Asid Folik bertindak mengelakkan bayi terkena kecacatan pada saraf tunjang dan otaknya - Neural Tube
Defects (NTD) .
  1. Encephalocele (ada lubang pada tempurung kepala yang menyebabkan sebahagian otak terkeluar).
  2. Anencephaly (tempurung kepala tidak terbentuk dan tidak ada otak bila dilahirkan)
  3. Spina bifida (tulang belakang tidak tutup dengan sempurna menyebabkan sebahagian saraf tunjang terkeluar dan rosak).
Spina bifida ini melibatkan kecacatan tulang belakang atau /dan saraf tunjang.
Antara kekurangan upaya yang boleh dialami oleh pesakit spina bifida adalah;
  1. Hilang kawalan kencing
  2. Hilang kawalan buang air besar
  3. Lumpuh anggota kaki
  4. Hilang deria rasa pinggul dan kaki
  5. Mati pucuk / Mandul
Menurutnya lagi, NTD di Malaysia ni agak lazim, 0.42 kes bagi setiap 1000 kelahiran. Bermakna, setiap 2381 kelahiran hidup, 1 bayi menghidap NTD.
Pesan doktor itu lagi, ibu bapa perlu tahu kepentingan asid folik itu demi kebaikan masa depan.
"Satu pengorbanan yang besar dari pihak pesakit, penjaga, mahupun pemberi rawatan.Ada yang terpaksa berhenti bekerja demi untuk menjaga anak yang kurang upaya.
"Dan bagi anak,bukan sesuatu yang mudah hidup sebagai seorang OKU. Sungguh!berat mata memandang berat lagi bahu memikul," pesannya.
Sungguh! Bila dengar penjelasan panjang lebar dari doktor ini baru Mami Piqah tahu betapa pentingnya pengambilan suplemen asid folik ketika hamil.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar