Laman Utama
#MamiPiqahCorner: Isu Suami Kelar Isteri & Bayi, Pakar Terapi Dedah Ciri-Ciri Lelaki Yang Sedang Depresi
Berita menyayat hati mengenai seorang lelaki dilaporkan membunuh dengan mengelar leher isteri dan bayinya telah mengejutkan semua pihak.
Malah lebih mengejutkan lelaki itu disifatkan bapa mentuanya seperti seorang yang baik dan tidak menunjukkan sebarang masalah serta menjalinkan hubungan rapat dengan keluarga mereka.
Selain sedih dengan berita itu, Mami Piqah juga sedih dengan reaksi netizen dan pihak luar yang membuat pelbagai andaian buruk mengenai lelaki itu.
Sebagai manusia kita tidak tahu apa yang sedang dialami lelaki itu tambahan pula dia baru sahaja diberhentikan kerja beberapa bulan yang lalu.
Mami Piqah tertarik dengan tulisan yang dikongsikan oleh seorang Pakar Terapi, Maryam Jamadi di laman Facebook miliknya.
Menurutnya, terdapat perbezaan ciri-ciri lelaki dan perempuan dalam menghadapi depresi kerana lelaki lebih menyembunyikannya dan tidak kelihatan di wajah dan perbuatannya.
1. Simptom depresi lelaki dan wanita berbeza.
2. Kalau wanita jumpa doktor, mereka akan lebih beritahu tentang masalah emosi tetapi lelaki akan beritahu tentang masalah fizikal (sakit badan, masalah penghadaman dll).
3. Pendekatan yang berbeza untuk membantu masalah depresi, lelaki susah untuk mendalami masalah emosi jadi penting untuk mereka kenalpasti simptom dahulu.
4. Lelaki juga sukar untuk mengakui dan kenalpasti yang mereka memang ada masalah depresi.
5. Walaupun wanita lebih ramai menghidap depresi tetapi kes bunuh diri lelaki 2 kali ganda daripada wanita.
Jadi bagi Mami Piqah orang sekeliling perlu memberi sokongan serta prihatin terutama kepada ahli keluarga terdekat untuk menghulurkan bantuan tanpa mereka laluinya sendiri.
Berbalik kepada kes tadi kita tahu apa masalah yang dihadapi suspek, semoga urusan mereka dipermudah dan kes itu dapat diselesaikan dengan baik.
Pakar Terapi Kanak-Kanak, Maryam Jamadi