Laman Utama
#MamiPiqahCorner: Normal Atau Tak Perut Ibu Hamil Lebih Kecil Dari Orang Lain? Lihat 5 Faktor Ini!
Mami Piqah faham setiap wanita yang hamil selalunya mesti akan timbul pelbagai persoalan dan kegusaran tentang kehamilannya sama ada kandungannya sihat atau tidak.
Paling ketara apabila ada yang cuba membandingkan saiz perut terutama bila perut ibu itu lebih kecil dari wanita yang hamil lain.
Apabila persoal tentang saiz perut, mula lah timbul bimbang adakah bayi tidak cukup zat untuk membesar dan sebagainya.
Namun normal atau tidak saiz perut lebih kecil daripada wanita hamil lain? Mami Piqah kongsikan 5 faktor yang mempengaruhinya menurut sumber seorang doktor.
#1 Ibu Tinggi!
Jika anda lebih tinggi, bayi dalam kandungan mempunyai ruang yang lebih besar daripada anda yang sedikit kecil dan rendah. Rahim anda akan cenderung membesar ke atas dan bukannya menolak ke luar, menyebabkan perit kelihatan lebih kecil. Jika anda lebih rendah, hanya terdapat sedikit ruang, yang bermakna kurang ruang untuk bayi membesar, jadi mereka membesar ke luar.
#2 Anak Pertama
Jika ibu baru pertama kali hamil, anda berkemungkinan akan mengalami bentuk perut yang lebih padat kerana otot perut belum regang. Jika ia bukan kehamilan yang pertama anda mungkin perasan perut kelihatan lebih besar. Ini tidak bermakna bayi anda mempunyai saiz yang berbeza di setiap kehamilan.
#3 Posisi Bayi
Si kecil sering bergerak dan menukar posisi di dalam rahim. Oleh itu apabila ia membesar, perut anda akan berubah bentuk dan saiz bergantung pada kedudukan bayi anda. Kalau tidak buas dan tertib sahaja kedudukannya, perut mesti akan kelihatan lebih kecil.
#4 Kandungan Padat
Jangan lupa bahawa bukan sahaja bayi anda sahaja ada di dalam perut malah – bayi anda, plasenta, tali pusat dan cecair amniotik. Dan kemudian terdapat seluruh organ anda yang perlu dimuatkan di sana di suatu tempat juga! Jadi, bila semuanya berada di kedudukan yang padat, perut pun akan nampak lebih kecil.
#5 Genetik Saiz Bayi
Jelas sekali saiz bayi sebenar mempengaruhi saiz dan rupa perut semasa kehamilan anda! Bukan itu sahaja, saiz bayi yang kecil pada mana-mana peringkat semasa kehamilan adalah bergantung kepada genetik. Jika kedua-dua ibu bapa tinggi, maka bayi mungkin akan mempunyai sifat yang sama. Jika kedua-duanya bersaiz sederhana, bayi lebih kemungkinan dan tidak terlalu panjang.
Bagi Mami Piqah tidak kisahlah bayi anda kecill atau besar tapi yang penting dia dilahirkan dalam keadaan selamat dan sihat tanpa ada komplikasi.
Sumber: bellybelly.com