Laman Utama
#MamiPiqahCorner: Wanita Sayangilah Diri Anda, Ini 5 Perkara Yang Kaum Hawa Boleh Lakukan Untuk Hargai Diri
Rasanya belum terlambat untuk Mami Piqah ucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia untuk semua kaum hawa yang menyambutnya semalam.
Wanita adalah insan yang dianggap lemah tetapi mempunyai kehebatan luar biasa dalam kehidupan manusia, tidak hairan mereka diraikan oleh seluruh dunia.
Dalam masa yang sama wanita juga seorang yang dilihat suka mengorbankan apa sahaja demi membesarkan serta membahagiakan anak-anak dan keluarganya.
Namun pasti wanita lupa sebelum mereka menyanyangi orang lain, paling utama adalah diri mereka dahulu.
Jadi untuk mengecap bahagia, bukan sahaja dengan harta benda, malah kesihatan juga penting bagi meneruskan hidup bersama orang yang tersayang.
Justeru, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi lima lima saringan kesihatan penting yang wanita selalu abaikannya sempena Hari Wanita Sedunia di sosial medianya.
#1 Pemeriksaan Payudara: Wanita perlu memeriksa payudara mereka sendiri setiap bulan untuk memastikan tidak ada benjolan atau perubahan pada bentuk payudara. Pemeriksaan payudara berkala dengan doktor atau pakar kesihatan juga penting untuk mengesan kanser payudara pada awalnya.
#2 Mammogram: Wanita berusia 40 tahun ke atas disarankan menjalani mamogram setiap dua tahun sekali untuk mengesan kanser payudara pada awalnya. Walaupun ianya tidak menyenangkan, tetapi ianya membolehkan kita mengesan kanser pada peringkat awal, apabila ia lebih mudah dirawat.
#3 Pap Smear: Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan kanser serviks. la perlu dilakukan setiap 3 tahun sekali setelah usia 21 tahun atau mengikut nasihat doktor. Jangan biarkan rasa malu menghalang anda daripada melakukan pemeriksaan ini, kerana a penting untuk kesihatan anda.
#4 Pemeriksaan Kesihatan Reproduktif: Wanita disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan reproduktif mereka secara berkala. Ini membantu mengesan masalah seperti kista ovari, endometriosis, dan fibroid pada peringkat awal. la penting untuk menjaga kesuburan wanita.
#5 Pemeriksaan Darah: Pemeriksaan darah berkala adalah penting untuk mengesan penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, dan kolesterol tinggi. Pemeriksaan darah juga membantu mengesan masalah kesihatan lain yang mungkin tidak dapat dikesan dengan cara lain.
Jadi wanita, ingat sayangilah diri anda sebelum mahu membahagiakan orang yang tersayang.