Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Mana Matahari, Rupanya Allah SWT Nak Kasi Pelangi” - Netizen Syukur Solat Terawih Dibenarkan! Tapi Minta Semua Berhati-Hati?

Hanafis Haris 16/03/2021 | 23:40 MYT
Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan berita gembira buat masyarakat beragama Islam apabila solat terawih dibenarkan sepanjang Ramadan.
BACA: Alhamdulillah Bazar Ramadan & Solat Terawiih Kini Dibenarkan! Namun Pengunjung Wajib Untuk...
Pengumuman itu sekali gus membuatkan ramai bersyukur memandangkan tahun lalu semua umat Islam di Malaysia tidak dapat mengerjakan ibadah tersebut di masjid dan surau.
“Alhamdulillah boleh solat Terawih di masjid tahun ini”
“Sujud syukur weh, sebak pula bila dapat tahu tahun ni boleh Terawih”
“Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi weh, syukur sangat,” tulis beberapa netizen.
Dalam pada itu ada juga suara-suara nakal supaya orang ramai jangan terlalu gembira dan leka kerana dikhuatiri akan dikompaun RM10,000.
Untuk rekod, tahun lalu, tiada solat fardu dan tarawih berjemaah serta solat Jumaat di masjid dan surau dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad sebelum ini menjelaskan, rakyat sedang memasuki Ramadan dalam era normal baharu iaitu tidak ada solat solat fardu berjemaah di masjid dan surau dalam tempoh PKP.
;