Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Manager Tiffany SNSD Positif COVID-19

Mya Amri 31/03/2020 | 10:43 MYT
Pengurus penyanyi K-Pop Tiffany Young, Tara Anne disahkan positif COVID -19.
Berita itu disahkan oleh Tara menerusi aplikasi GoFundMe yang dikendalikan oleh kenalannya.
“Rakan kami Tara baru-baru ini mengetahui bahawa dia telah dijangkiti Covid-19 yang disebabkan oleh Coronavirus dan mengakibatkan pneunomia.
“Seperti yang semua tahu ini adalah kesusahan diluar jangkaan perlu dihadapi secara mental, fizikal dan juga kewangan yang memerlukan sokongan untuk menghadapinya.
“Tara telah memainkan peranan penting bagi kebanyakkan pemuzik, artis yang berada dalam siri jelajah di bawah jagaannya.
“Semuanya telah dijaga dengan baik. Marilah sama-sama membantu Tara dengan melakukan perkara yang sama untuknya,” tulisnya.
Bagaimapun, difahamkan Tara bukanlah pengurus utama bagi Tiffany yang juga merupakan anggota SNSD.
Sebaliknya, Tara hanya merupakan pengurus siri jelajah konsert Tiffany sahaja.
Tara telah menjadi pengurus konsert Tiffany sejak Ogos 2019 dan telah mengikuti siri jelajah penyanyi K-Pop itu di Bangkok, Asia dan juga US.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sumber: Koreaboo
#Artis Korea #Tiffany Young
;