Laman Utama

“Mangsa Berisiko Mengalami Kemurungan” - Public Health Malaysia Seru Hentikan Trend Public Humiliation!

Mya Amri
25/01/2023
06:30 MYT
Sponsor Banner
“Mangsa Berisiko Mengalami Kemurungan” - Public Health Malaysia Seru Hentikan Trend Public Humiliation!
Organisasi Public Health Malaysia berharap pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dapat mewujudkan garis panduan yang jelas bagi membendung trend public humiliation atau memalukan orang dikhalayak ramai ini.
Menurut Public Health Malaysia, mangsa berisiko mengalami kemurungan, kebimbangan keterlaluan dan boleh mengalami PTSD iaitu Post Traumatic Disorder.
“Jika nak jadi artis perlulah kental, lihatlah bagaimana artis lain berjaya selepas dikritik sebegitu”, ini satu persepsi yang ternyata SALAH.
“Setiap individu adalah berbeza dan tidak boleh dibandingkan. Adalah NORMAL untuk seseorang merasa malu, rasa kecewa dan hilang keyakinan apabila dimalukan dikhalayak umum.
“Sedangkan dimarahi dihadapan kelas pun terasa rasa malu dan trauma, apatah lagi di siaran tv yang di tonton jutaan penonton secara langsung!
“Jika perkara ini berlarutan tanpa bantuan dan sokongan, mangsa berisiko mengalami kemurungan, kebimbangan keterlaluan dan boleh mengalami PTSD , Post Traumatic Disorder,” jelas organisasi itu dalam satu kenyataan di Facebook.
Prihatin dengan Kesihatan Mental masyarakat, Public Health Malaysia juga menyeru agar trend memberi kritikan sehingga menjatuhkan air mula perlu dihentikan.
“Ya betul, mendidik, memberi nasihat, memberi teguran memang sangat diperlukan sebagai proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik.
“Namun ia BUKAN alasan atau lesen untuk seseorang itu meninggikan suara, memalukan atau menengking di khalayak ramai.
“Mungkin pihak produksi teruja, melihat rating program mencadak naik dengan insiden sebegini. Maka trend public humiliation atau memalukkan dikhalayak ramai ini akan berterusan tanpa kawalan.
“Diharapkan pihak MCMC yang di terajui YB Fahmi Fadzil dapat mewujudkan garis panduan yang jelas bagi membendung trend jelik ini.
“Kepada mana mana pihak yang terkesan dari insiden seperti ini, dapatkan bantuan dan sokongan jika mempunyai gejala kemurungan berpanjangan,” jelas kenyataan itu lagi.
Terdahulu, penyanyi Sissy Iman dan Naim Daniel yang menyertai sebuah program realiti televisyen dikritik secara kasar oleh juri tetap selepas menyanyikan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam irama keroncong.
Akibat insiden tersebut, Sissy tidak dapat menahan sebak dan terus menangis di atas pentas.
Insiden itu juga membuatkan Sissy seolah-olah hilang semangat dan membatalkan pelancaran album sulung yang sepatutnya berlangsung pada bulan hadapan susulan kritikan diterima dalam pertandingan tersebut.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar