Laman Utama
Marah Kutuk Gaya Cik B, Datuk Vida Lahar Netizen – “Bukan Masalah Harga Atau Duit, Dia Tak Nak Pakai Faham?
Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida kecewa apabila gaya pemakaian anak sulungnya, Cik B menerima penghinaan dan kecaman netizen.
Vida menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya membalas kembali komen-komen negatif netizen.
Menurut Vida, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 14, menyukai pakaian atau gaya yang lebih ‘simple’ dan selesa.
“Tak ada kerja lain ke nak kutuk Cik B? Kata Cik B pakai tak sesuailah tak kena dengan gaya, siapa perunding imej lah macam-macam mengutuk.
“Nak suruh Cik B pakai macam mana? Nak suruh Cik B pakai kasut tinggi? Beg dia ni sahaja dah berapa harganya, ini banyak lagi yang aku beli tapi belum sempat nak buka lagi.
“Apa benda beg dalam tu korang nak tengok ke? Bukan masalah harga atau duit tapi masalahnya dia tak akanlah nak pakai kasut tinggi macam ni. Dia suka pakai kasut rock dia tu. Tu belum tengok cincin dia lagi,” ulasnya.
Menerusi video pendek di ruangan IG TV itu lagi, Vida juga menyampaikan rasa syukur dengan penampilan anaknya yang tidak seksi.
“Pah aku nak kato lagu mano? Bagilah masa dia untuk ‘grooming’ diri sendiri. Saya nak buat tapi saya mulakan dengan beli barang-barang sebeginilah.
“Kasut-kasut ni semua boleh sangat kalau dia nak pakai tapi dia tak nak pakai, faham tak? Mujur dia nak jaga kecantikan pun dah cukup baik.
“Ke kamu semua nak suruh dia tunjuk… Allah aku tengok anak orang lain angkat segala… Aku tak sanggup tengok. Biarlah dia nak macam tu korang nak cakap apa, suka hati koranglah,” ujarnya.
Terdahulu, penampilan Cik B menjadi perhatian ramai selepas muncul dalam program Punch Line AC baru-baru ini.
Cik B hadir dengan mengenakan dress kuning dibutangkan senget di tengah dengan inner berwarna putih serta bercelana hitam dan menggayakan beg berjenama mewah Christian Dior yang dipakai di bahagian depan menerima kritikan netizen.
Kredit Instagram: @datoserivida, @cikbhavoc