Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Mari Kita Belajar Sebut Perkataan ‘Doubt’ – Adibah Noor Betulkan Sebutan Bahasa Inggeris Rina Harun

Fiza Kamarudin 16/02/2021 | 01:31 MYT
Penyanyi dan pelakon Adibah Noor menjadi sebutan di laman sosial Twitter selepas dia tampil membetulkan sebutan Bahasa Inggeris Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.
Adibah menerusi ciapannya di Twitter telah memuat naik potongan video ucapan Rina di persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Sesi ke-59, baru-baru ini.
Adibah bagaimanapun memuji penulis skrip yang menyediakan ucapan tersebut meskipun Rina kelihatan kekok ketika membacanya.
“Saya akui, penulis skrip (ucapan Rina) sangat bagus dan saya harap saya dapat membacanya sendiri.
“Apa-apa pun, mari kita belajar menyebut perkataan ini, 'doubt' (keraguan). Saya dah pernah buat video tentang ini tapi mungkin anda dah lupa.
“Jadi cara nak sebutnya (doubt) hilangkan bunyi ‘b’ bukan, dup, daob, dib tapi d-out,” ciapnya beserta tanda pagar #Pronunciation, #BetulkanYangBiasa dan #BiasakanYangBetul.
Perkongsian tersebut telah ditonton lebih 250 ribu kali dan menerima hampir 15 ribu ulang kicau dan 20 ribu tanda suka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Adibah sebelum ini pernah memperbetulkan kesalahan sebutan Bahasa Inggeris beberapa selebriti seperti Haqiem Rusly termasuk penyami berita TV3, Ramzan Mohd Saufi.
Terdahulu video ucapan Rina secara maya itu menjadi perdebatan wargamaya selepas ia tular di pelbagai platform media.
#Adibah Noor #PBB #Bahasa Inggeris #Rina Harun #Oh My English!
;