Laman Utama

Maria Farida Tak Tahu Nak Jawab Soalan Kenapa Diri Nampak Lebih Muda Daripada Usia Sebenar

Izwan Isa
16/05/2022
03:29 MYT
Sponsor Banner
Maria Farida Tak Tahu Nak Jawab Soalan Kenapa Diri Nampak Lebih Muda Daripada Usia Sebenar

Datin Seri Maria Farida mendedahkan yang dia tidak tahu bagaimana ingin menjawab pertanyaan berulang kali daripada peminat mengenai rahsia awet mudanya.

Maria, 53, berkata, beliau tidak mengamalkan sebarang penjagaan makanan yang khusus, namun lebih kepada menjalani hidup yang positif dan bersyukur dengan ‘kurniaan genetik’ yang dimilikinya.
“Jujurnya, saya bukannya jenis yang menjaga sangat. Mungkin saya bertuah kerana memiliki genetik sebegini daripada keluarga. Saya sendiri tidak ambil sebarang produk untuk melawan penuaan seperti produk anti-aging.
“Saya rasa rahsia awet muda ini mungkin diturunkan daripada ibu saya. Usia ibu sudah 70 tahun tapi ramai yang anggap usianya jauh lebih muda. Saya juga tidak merokok dan dalam masa yang sama, saya cuba untuk menjaga kesihatan dan selalu positif,” katanya kepada Gempak.
Diajukan soalan tentang harapan selepas menyambut ulang tahun kelahiran pada Mac lalu, Maria berharap agar dirinya sentiasa berada dalam limpihan Allah SWT.
"Saya berdoa agar Allah kurniakan kesihatan kepada saya, bebas daripada segala penyakit kronik. Saya harap ahli keluarga juga turut terhindar daripada segala musibah termasuk COVID-19, insya-Allah,” katanya lagi.
Menyambut kedatangan hari raya di ibu kota sahaja, Maria menjelaskan yang dia meraikan kehadiran lebaran secara sederhana.
"Untuk tahun ini, sambutan hari raya sederhana sahaja. Sebab virus COVID-19 kan masih belum hilang sepenuhnya.
“Walaupun dah diberikan kelonggaran, tetapi saya masih lagi risau. Rumah terbuka pun kami tak buat tahun ini, hanya jemput keluarga terdekat sahaja.
"Saya masih takut-takut, nak keluar pun hanya untuk urusan penting. Alhamdulillah saya masih belum terjangkiti (COVID-19). Cuma sebelum ini suami dan ibu pernah disahkan positif,” tutupnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar