Hiburan

Maryam Durian Kimchi Biasakan Ajar Anak Berdikari - “Dia Jatuh Saya Biarkan Sahaja, Lepastu Tanya Gwenchana?”

Umirah Halim
29/03/2024
10:00 MYT
Sponsor Banner
Maryam Durian Kimchi Biasakan Ajar Anak Berdikari - “Dia Jatuh Saya Biarkan Sahaja, Lepastu Tanya Gwenchana?”
Pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi mendedahkan yang dia mendidik anaknya Rina Diana supaya berdikari walaupun usia anaknya itu baru mencecah dua tahun.

Rina ajar anak berdikari dari awal

Menerusi temu bual program GMW: Motif Trending, wanita berusia 32 tahun itu memberitahu yang anaknya itu dibiarkan untuk berdikari dengan melakukan aktiviti seharian.
“Memang goals saya untuk jaga Rina bukan untuk sekarang sahaja tapi saya memandang ke masa hadapan juga.
“Kalau saya nampak macam Rina boleh buat sendiri memang saya tak akan tolong sangat.
“Walaupun dia jatuh, kalau dia jatuh tu tak serious sangat tak sampai tahap berdarah saya akan biarkan sahaja dan tunggu dia berdiri sendiri.
“Lepastu saya akan tanya dia “Gwenchana?” (Rina okay ke?)
“Memang cara saya macam itu dan Rina pun memang suka buat semua benda sendiri dia tak nak kita tolong,” katanya menerusi temubual itu.

Dirakam secara spontan

Sementara itu, Maryam juga berkongsi bahawa semua video yang memaparkan gelagat Rina dirakam secara spontan.
“Kami buat video dari awal lagi memang semuanya bukan dirancang, semua video yang dipaparkan terjadi secara spontan.
“Jadi bila Rina buat benda yang spontan saya dan suami rasa kelakar kami terus record. Jadi bila bilik tak kemas pun semua nampak sebab semua spontan.
“Saya pun suka tengok bila dia habiskan makanan satu pinggan dan tujuan saya cuma nak simpan memori tapi tiba-tiba bila saya upload ramai yang komen.
“Lepas orang suka tengok saya teruskan lagi buat video itu,” tambahnya lagi.

Video Rina makan raih perhatian

Sebelum ini, video yang memaparkan gelagat Rina yang dilihat tidak kekok makan tanpa bantuan ibu nya mendapat perhatian orang ramai.
Sekadar info, Maryam dan suami, Ryzal berkahwin pda 15 Ogos 2019 dan bergelar ibu dan ayah kepada Rina pada Oktober 2021.

Berita Trending: “Mula Mula Saya Tak Faham Kenapa Orang Kata Rindu…” - Maryam Sebak, Tak Sabar Nak Tunai Umrah

Berita Trending: Ramai Sebak Lihat Maryam Menangis, Suami Beri Kejutan Hadiah Birthday Pakej Umrah - “Bertuah Dapat Lelaki Yang Tepat”
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar