Hiburan

“Masa Aku Buat Veil Style Ni, Hangpa Kata Macam Roti Tisu!” – Rizalman Ibrahim ‘Bahan’ Netizen

Azwa Rahman
24/01/2020
08:08 MYT
Sponsor Banner
“Masa Aku Buat Veil Style Ni, Hangpa Kata Macam Roti Tisu!” – Rizalman Ibrahim ‘Bahan’ Netizen
Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mencuri tumpuan wargamaya apabila ‘membahan’ pengikutnya yang pernah mengkritik rekaan kain layah Izara Aishah seperti roti tisu.
Menerusi laman sosial Instagram, Rizalman memuat naik sekeping foto rekaan kain layah yang digayakan oleh pelakon Izara Aishah ketika majlis pernikahannya yang dikatakan mirip dengan makanan tersebut.
“Masa aku buat veil style ni hangpa gelak kat aku kata roti tisu la apa la, last-last Givenchy buat depa kata inovatif. Sat hangpa,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on
Menerusi foto tersebut, rumah fesyen Givenchy menghasilkan rekaan gaun pengantin terkini dan menggunakan kain layah keras hampir sama seperti yang digayakan oleh Izara.
Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, rata-rata pengikut terhibur dengan rajukan manja Rizalman.
“Sabar, sabar, depa tak nampak visi datuk. Sabar na, kami sokong jangan risau,” tulis seorang wargamaya.
“Melayu memang begitu la. Kalau orang luar buat kita puji melambung. Orang melayu macam span. Suka serap benda luar,” komen seorang wargamaya.
“Mesti dia tiru datuk ni. Ayat lebih educated, dia terinspirasi oleh datuk ni,” kata seorang wargamaya.
“Datuk punya lagi kelas. Tapi sebab dia antarabangsa orang mesti kata inovatif. Hmm, you are in your own class datuk, tahniah!” puji seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, kain layah pernikahan Izara mencetus fenomena pada tahun 2018 apabila ia menjadi ikutan ramai sepanjang tahun itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar