Laman Utama

"Masa Masuk Liang Lahad, Saya Pegang Pinggang Dia... Cukup Ringan" - Shuib Cerita Detik Akhir Kebumikan Jenazah Siti Sarah

Amri Hassan
09/08/2021
13:20 MYT
Sponsor Banner
"Masa Masuk Liang Lahad, Saya Pegang Pinggang Dia... Cukup Ringan" - Shuib Cerita Detik Akhir Kebumikan Jenazah Siti Sarah
Suami kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, Shuib memanjatkan rasa syukur dipermudahkan urusan pengebumian arwah isterinya siang tadi.
BACA: Siti Sarah Meninggal Dunia
Menerusi siaran langsung pada lewat petang Isnin, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 36, turut berkongsi kisah ketika menurunkan jenazah isterinya ke liang lahad.
Ujar Shuib, perjalanan yang dilalui selepas kehilangan Sarah sukar digambarkan dengan kata-kata dan ia sebagai satu bukti kekuasaan Allah.
"Ketika sampai ke kubur, timbul kemusykilan dalam hati saya. Saya takut, kalau masuk jasad isteri saya takut tersangkut sebab saya tengok liang lahad tak besar. Nampak kecil saja.
"Apabila turun, ketika jenazah isteri saya turut sama diturunkan, saya pegang pinggang dia. Ketika itu saya dibantu dua lagi yang lain. Masya-Allah, dia (arwah Sarah) cukup ringan...
"Allah tunjukkan pada saya, dia turun ke liang lahad tanpa sangkut pun. Terus dapat masuk dengan senangnya, as a split second! Sekejap sahaja sudah selesai. Saya dapat rasai kebesaran Allah," cerita Shuib.
Shuib sifatkan pemergian Sarah adalah luar biasa. Arwah isterinya tidak putus-putus dikirimkan doa oleh orang ramai sejak dimasukkan ke hospital minggu lalu.
"Pemergian dia luar biasa, orang ramai tunggu dia walaupun dalam situasi COVID-19. Orang sanggup tunggu luar pagar, sehinggakan pihak polis terpaksa mengingatkan tentang SOP.
"Selepas saya berlalu, kawasan perkuburan sana hujan. Alhamdulillah, Allah rahmati perjalanan dia.
"You percayalah, tujuh langkah I balik, kubur you seluas mata memandang," tambahnya.
Tidak meratapi pemergian Sarah, Shuib sebaliknya cemburu dengan apabila isterinya pergi dengan cara mati syahid.
"Saya bukan meratapi pemergian dia, saya sabar dengan ujian Allah. Saya cuba kuat tetapi saya cemburu. Saya belum tahu pengakhiran saya walaupun saya bercita-cita untuk mati hari Jumaat dan mati syahid, tapi belum tentu saya dapat apa yang dia dapat.
"Ketika saya berjumpa dia, berdepan dengan dia sampai kali terakhir pagi tadi, saya hadap muka dia dan wajahnya bersih berseri-seri.
"Saya bisik padanya, 'I jealous dengan you sayang, I belum tentu dapat sepertimana you dapat'.
"Dia pergi syahid dan mendapat layanan istimewa Allah," katanya yang turut mengenang kembali amalan mereka suami isteri mendengar surah al-Waqiah pada setiap pagi sebagai pembuka pintu rezeki.
Allahyarhamah Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat COVID-19, jam 5.13 pagi ini.
Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.
BACA: Jenazah Siti Sarah Selamat Dikebumikan – “Memang Permintaan Arwah Untuk Disemadikan Sebelah Pusara Ibunya…”
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar