Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Masak Pais Ikan Patin Tempoyak Guna Air Fryer? Ha Kena La Tengok Dapur Malaysia! Ada Pak Nil & Rai Okay, Gamat!

Hanafis Haris 06/08/2020 | 07:30 MYT

Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi tampil menghiburkan peminat dengan celotehnya dalam program masakan terbaru Dapur Malaysia.

Ditayangkan di Go Shop dan Ria HD, Dapur Malaysia bakal menggabungkan Aznil atau lebih mesra dipanggil Pak Nil bersama Raianna A. Rahman atau Rai.

Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, program terbaru itu mula bersiaran hari ini setiap Khamis jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.

“Menariknya tentang Dapur Malaysia ni saya akan kembali bergandingan dengan Rai selepas sekian lama.

“Setiap minggu akan ada banyak resipi serta produk menarik ditampilkan, malah setiap episod juga ada cef undangan.

“Bolehlah orang ramai tengok saya dan Rai mempamerkan resipi-resipi lazat sambil-sambil dengar celoteh kami.

“Antara menu yang lazat menanti penonton termasuklah ayam pansuh, ayam percik nusantara, pais ikan patin tempoyak dengan udang galah belantara. Setiap minggu berbeza-beza,” katanya.

Sementara itu, Rai berkata, Dapur Malaysia akan bersiaran sepanjang bulan kemerdekaan hingga September.

“Macam Rai akan lebih kepada produk dan teknikal dan Pak Nil lebih kepada kepetahan dia bercakap serta celotehnya berkongsi cerita.

“Jadi saya rasa gabungan ini pasti menarik untuk ditonton.

“Menu yang ditampilkan juga menarik dan sangat Malaysia. Kita nak fokus menu Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa,” katanya.

Anda boleh saksikan Dapur Malaysia di saluran 118 (Go Shop Ruuma) dan 124 (Astro Ria HD)

#Astro #Paknil #Malaysia” #“Dapur
;