Laman Utama
Masak Sambal Nasi Lemak Guna Belacan, Netizen Sekolahkan Tukang Masak Luar Negara - “Gagal 100%”
Baru-baru ini seorang tukang masak berbangsa kaukasia (orang putih) telah memuat naik konten di TikTok menunjukkan cara dia membuat sambal untuk nasi lemak.
Menerusi video itu, dapat dilihat lelaki tersebut menggunakan pelbagai bahan seperti belacan dan minyak kacang tanah untuk memasak sambal.
BERITA TRENDING: Buat Konten Berniaga Goreng Pisang Pakai Jubah Konvo, Graduan Undang Reaksi Negatif Warganet - “Sewa Buat Cara Sewa”
Bagaimanapun, netizen Malaysia kurang berpuas hati dengan cara masakan tukang masak tersebut kerana mendapati sambal yang dimasak menggunakan terlalu banyak belacan. undefined“Dia buat sambal nasi lemak gagal 100%, sebab banyak sangat belacan,” tulis seorang warganet.
Dalam pada itu, ada juga yang memberi tips membuat sambal nasi lemak seperti melebihkan kandungan cili kering, menggunakan bawang yang banyak serta memasak sehingga pecah minyak.
“Tips untuk sambal yang lebih sedap, cuba masak sambal sehingga pecah minyak,”
“Terlalu banyak bahan-bahan lain kecuali cili kering, sila cuba kembali,”
“Kena lebihkan lagi bawang.”
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 300,000 tontonan dan 26,000 tanda suka.
Sumber: TikTok