Masih Gagal Goda Suami Untuk Ke Ranjang? Ini Tip Buat Isteri Pancing Hati Encik Abang
Hubungan seksual adalah perkara yang sangat penting dalam kehidupan mereka yang telah bergelar suami isteri. Tanpanya, maka akan hambarlah hubungan sihat kedua-dua pasangan.
Sebagai seorang isteri, pastinya pelbagai petua yang sudah dilakukan untuk menggoda sang suami agar mereka setuju untuk ke ranjang. Namun, mungkin masih ramai belum tahu apakah aspek yang paling penting, bukan?
Berikut merupakan beberapa aspek utama yang mungkin akan dipertimbangkan oleh kaum suami:
1. Rupa Paras Seorang Isteri
Aspek pertama, sudah tentu suami akan melihat kepada rupa paras pasangan mereka seperti pepatah melayu, dari mata turun ke hati. Ia juga adalah perkara utama yang akan suami teliti.
Sebagai insan bernama wanita, sudah tentu mereka akan menitikberatkan soal kecantikan wajah. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan bagi memastikan ia tetap kekal menarik.
Dalam usaha untuk isteri menggoda dan mengajak pasangan ke kamar tidur, tiada salah jika anda bersolek dan berhias wajah sebelum menemui suami. Dengan ini, encik suami sudah pasti tidak menolak ‘tawaran’ daripada isteri mereka.
2. Tubuh Badan Isteri
Dalam pada itu, memiliki tubuh badan yang ‘mengiurkan’ sudah pasti boleh memberikan si isteri lebih pesona terhadap encik suami. Hal ini kerana, ramai lelaki yang mudah cair dan kalah apabila melihat susuk tubuh menawan yang dimiliki seorang wanita.
Maka, isteri mesti menjaga berat badan agar ia kekal di tahap BMI normal yakni tidak kurang atau lebih. Tujuannya, adalah bagi mendapatkan tubuh badan yang ramping dan mempesonakan.
Bukan sahaja berat badan, para isteri juga wajar menitikberatkan pemakaian diri pada ketika itu. Apa salahnya jika anda tampil extra seksi dan wangi dalam usaha untuk goda suami sendiri.
3. Sifat Manja Pandai Menggoda
Seterusnya, isteri hendaklah mempunyai sifat manja dalam diri agar mampu menundukkan kaum suami dengan ‘mudah’.
Sebagai isteri tidak boleh jika hanya fokus pada rupa paras dan tubuh badan sahaja tetapi mengabaikan aspek tingkah laku.
Jika mengabaikan aspek tingkah laku, isteri hanya bakal tampak cantik di luar namun ‘hodoh’ di dalam. Sebaiknya, isteri boleh cuba menonjolkan sisi manja mereka untuk memikat dan menggoda pasangan untuk bersama.
Berdasarkan aspek-aspek yang dinyatakan, kesemuanya adalah penting dalam usaha si isteri ‘memancing’ sang suami ke ranjang untuk projek asmara dijalankan.
Mulai hari ini, isteri mungkin boleh cuba menunjukkan perangai manja dengan sentuhan dan perlakuan yang mampu untuk melembutkan hati pasangan masing-masing.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Sumber - Hellodoktor