Berita
Masih Keliru? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pelepasan Cukai, Penolakan & Rebat
Jika anda menjana pendapatan lebih daripada RM34,000 setahun, anda tidak dapat lari dari membayar cukai.
Namun, apa yang boleh anda lakukan adalah dapatkan wang anda kembali menerusi pelepasan, penolakan dan rebat cukai.
Secara umumnya, pelepasan, penolakan dan rebat cukai mampu mengurangkan jumlah pendapatan agregat dan pada masa yang sama, jumlah cukai yang perlu dibayar juga dapat dikurangkan.
Adakah anda sudah pasti mengenai kelayakan anda? Di sini Gempak senaraikan jenis potongan individu dalam pelepasan cukai diikuti penolakan dan rebat cukai.
Pelepasan Cukai Individu Pemastautin (Tahun Taksiran 2019)
1. Individu dan saudara tanggungan RM9,000
2. Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)
ATAU
Ibu dan Bapa
Terhad RM1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad RM1,500 bagi hanya seorang bapa
3. Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya) RM 6,000 (Terhad)
4. Individu kurang upaya RM6,000
5. Yuran pengajian (Sendiri) RM7,000 (Terhad)
i )Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
ii) Peringkat sarjana dan doktor falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian
6. Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak) RM6,000 (Terhad)
7. Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak). (Terhad 500) RM6,000 (Terhad)
8. Gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
- Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
- Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);
- Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan
- Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
Semua di atas : RM2,500 (Terhad)
9. Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran) RM1,000 (Terhad)
10. Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar RM1,000 (Terhad)
11. Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2019 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2019) RM8,000 (Terhad)
12. Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri RM4,000 (Terhad)
13. Suami / Isteri kurang upaya RM3,500
14. Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun RM2,000
15. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) RM2,000
16. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institu pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau
- berkhidmat di bawah satu ikatanartikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; ataumengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
- kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
RM8,000
17. Anak Kurang upaya RM6,000
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
18. Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji
i) Kategori penjawat awam berpencen
- Premium insurans nyawa
ii)Kategori SELAIN penjawat awam berpencen
- Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000)
- Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)
RM7,000 (Terhad)
19. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021
RM3,000 (Terhad)
20. Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji RM3,000 (Terhad)
21. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
RM250 (Terhad)
Penolakan Cukai
1. Derma kebajikan, pertubuhan sukan dan projek yang disahkan : kurang dari 7% pendapatan agregat
2. Derma-derma lain (yang layak) : pendapatan agregat keseluruhan
3. Keahlian dalam pertubuhan profesional : jumlah yang dibayar
Rebat Cukai
Pendapatan kurang RM35,000 : RM400
Pendapatan kurang RM35,000 dengan pelepasan cukai untuk pasangan : RM400
Zakat/fitrah : kurang dari cukai yang dikenakan
Umrah : kurang dari levi perlepasan yang dibayar
Sumber : LHDN, RojakDaily