Laman Utama
“Mask Pun Tak Ada, Pakai Niqab”- Lufya Dedah Hilang Kerja PKP Tahun Lalu, Tanggung Anak Sepenuhnya
Pelakon Lufya Omar mendedahkan hidupnya susah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) musim pertama tahun lalu.
Menurut Lufya, dia telah hilang pekerjaaan dan perlu menanggung anaknya, Laana Haura sepenuhnya seorang diri selepas bercerai dengan bekas suaminya, Dr. Che Hafiz.
"Masa bergambar ni PKP pertama kali di Malaysia tahun lepas. Mask pun tak ada pakai niqab nak keluar beli susu anak dan groceries.
“Kerja taka da, nak bayar macam-macam, anak pun 100% kita tanggung! Susah hati tu jangan cakap la.
“Tapi Allah tu Maha mendengar doa hambaNya. Kita nak jaga mak nak jaga anak ada rumah kereta nak bayar, anak yang semakin membesar nak sekolah,” katanya.
Lufya berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Lufya memuat naik fotonya yang memakai niqab bersebelahan anaknya.
Pun begitu, Lufya bersyukur kerana rezekinya mencurah-curah kerana doa dan permintaanya.
“Satu-satu rezeki Allah datangkan dengan mencurah- curah.
“Kesimpulannya di sini. Wanita tu tak lemah malah lebih HEBAT dari lelaki. Terus la cekalkan hatimu ibu-ibu tunggal sekalian!
“Berjuang untuk anak Allah pasti limpahkan rahmat dan rezeki untukmu. Apa yang kita tanam dan usahakan insy-Allah kita akan petik hasil yang baik pada masa akan dating,” katanya lagi.
Lufya dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.
Selepas dihimpit kemelut rumah tangga dan kontroversi, pasangan ini akhirnya bercerai talak satu pada 17 Jun 2020.