Advertorial
Masker Muka Yang Mempunyai Penyerapan Bahan Kulit Muka Tinggi Anda Perlu Cuba!
Pernah tak anda terpakai produk yang salah, yang tak berkesan dengan kulit, atau anda memang tak puas hati guna produk tu? Jom cuba masker wajah WonderDewi dari WonderLab kerana ia akan menambah keserian luar biasa kepada wajah anda!
Hadir dalam dua jenis iaitu Moonlight Glow Hydrogel Mask (Radiant & Glowing) dan Moonlight Gravity Hydrogel Mask (Firming & Elasticity), kami telah kumpulkan kebaikan kedua-dua masker tersebut di dalam artikel dibawah. Jom ketahui lebih lanjut tentang masker wajah WonderDewi dari WonderLab ini untuk mempunyai kulit wajah yang anjal dan berseri!
1. Menghaluskan & Menyejukkan Kulit!
Masker WonderDewi ni diperbuat daripada gel. Ini membolehkan penyerapan bahan-bahan aktif ke dalam kulit menjadi lebih efektif sekaligus menghaluskan dan menyejukkan kulit dalam sekelip mata sahaja!
2. Tekstur Mudah Menyerap Pada Kulit
Tekstur masker yang lembut dan senang diratakan mengikut kontur wajah. Anda akan rasa masker ini memang mudah untuk digunakan.
Sekarang, mari ketahui kelebihan pada Moonlight Glow dan Moonlight Gravity yang bakal mencetuskan keajaiban pada kulit anda!
Moonlight Glow Hydrogel Mask (Radiant & Glowing)
Diperkaya dengan SWEETONE® dan Niacinamide.
Antara manfaat Sweetone® yang lain adalah, ia mengandungi asid organik dan mineral seperti Vitamin C, kalsium, zat besi, manganese dan phosphorus untuk membersih serta menyihatkan kulit.
Niacinamide pula berupaya untuk memperbaiki tektur wajah sambil mengurangkan penglihatan pori. Selain itu, ia juga mampu mengurangkan pembentukan melanin dan memberi tona kulit yang sekata serta mempertingkatkan kesihatan kulit secara keseluruhan.
SWEETONE®
(Ekstrak buah beri Omija) |
|
NIACINAMIDE |
|
Moonlight Gravity Hydrogel Mask (Firming & Elasticity)
Fungsi utama Moonlight Gravity ini adalah untuk menganjalkan kulit. Ia mengandungi Phyto Collagen (snow mushroom) dan peptida (peptide) yang dapat membantu menegangkan kulit wajah serta memperlahankan proses penuaan.
Phyto Collagen (snow mushroom) yang turut dikenali sebagai Tremella Fuciformis merupakan bahan rahsia yang digunakan oleh golongan kelas atasan sejak zaman dahulu lagi. Ia mengandungi asid amino untuk menggalakkan proses sintesis kolagen dan meningkatkan imuniti dalam sistem sel. Selain itu, Phyto Collagen juga mampu menghidrat lima kali lebih dalam berbanding asid hyaluronik yang mampu mempertingkatkan kelembapan kulit. Ia juga berupaya menghapuskan radikal bebas berbahaya dalam kulit serta mengurangkan inflamasi.
Peptide mampu mengurangkan garis kedutan, melegakan kulit, meningkatkan keanjalan dan sifat elastik serta mempertingkatkan tekstur kulit.
PHYTO COLLAGEN
(snow mushroom) |
|
PEPTIDA (Peptide) |
|
Masih tercari-cari masker yang membuatkan muka berseri-seri bak puteri yang turun dari kayangan? Tapi takut ade kesan sampingan atas kulit lepas tu membazir sahaja. Anda boleh cuba set percubaan “Wonderdewi Moonlight Mask Duo Set” pada harga RM55 sahaja (bernilai RM90)! Cepat dapatkan set ini sebab stok sangat terhad!
Untuk maklumat lanjut, lawati Facebook dan Instagram WonderLab dan dapatkan masker wajah WonderDewi Moonlight segera!