“Masya-Allah Ciptaan Tuhan” - Sharul Aimy Buat Ramai ‘Melting’, Pengulas Sukan Pun Cair?
Atlet gimnastik negara Muhammad Sharul Aimy bukan saja membanggakan negara selepas meraih pingat dalam acara kekuda berpelana di Sukan SEA ke-31, malah turut berjaya ‘menawan’ hati rakyat Malaysia.
Buktinya aksi Sharul Aimy ketika acara melombol ternyata membuatkan ramai terpesona dengan kekacakan atlet berusia 21 tahun itu.
Malah, ramai yang terkejut apabila pengulas sukan juga turut memuji ketampanan atlet kelahiran Terengganu itu.
“Ada peminatnya tersendiri tu, jejaka yang pasti ada ramai peminat yang akan jadikan idola seperti mana atlet lain.
“Dengan kekacakan yang ada pada dirinya selain skil yang akan ditunjukkan,” kata pengulas Astro Arena berkenaan.
Perkara itu sekali gus membuatkan ramai peminat khususnya kaum wanita tidak henti memuji kekacakan atlet tersebut.
“Jangan sampai aku minat sukan lepas ni”.
“Helok betul, ramai cari, pengulas pun cair”.
“Masya-Allah ciptaan Tuhan,” tulis beberapa netizen.
Sekadar info, dua gimnas lelaki Tan Fu Jie dan Muhammad Sharul Aimy masing-masing meraih pingat perak dan gangsa dalam acara kekuda berpelana pada acara Sukan SEA ke-31 berlangsung semalam.
Paling membanggakan lagu kebangsaan Negaraku berkumandang setelah gimnas artistik wanita negara, Rachel Yeoh Li Wen menghadiahkan Malaysia pingat emas dalam acara palang bertingkat.
undefined