Viral
Mata Lebam Bukan Sebab Dipukul Suami, Influencer Popular Jelaskan Kejadian Sebenar!
Pempengaruh media sosial, Asyallie Ahmad tampil menjelaskan situasi sebenar selepas timbul dakwaan dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya gara-gara lebam di bahagian mata baru-baru ini.
Bukan Dipukul Suami
Menurut Asyalliee, dia menafikan dakwaan warganet tersebut sebaliknya memaklumkan lebam tersebut adalah akibat daripada kemalangan ketika bermain Go-kart tempoh hari.
Kongsi usahawan itu juga, suaminya yang dikenali sebagai Eboy turut mengalami kecederaan di bahagian mulut.
“Habis semua orang ingat suami saya pukul saya padahal story before dah bagitahu saya accident.
“Saya accident waktu main Go-kart, dan bukan saya sorang tapi ada dalam 3 orang accident.
“Suami saya sampai gusi berdarah maybe sebab banyak berlanggar. Asyik berlanggar dinding dan drift teruk,” jelasnya.
Pengsan Selepas Alami Hentakan
Lebih mencemaskan, Asyalliee turut mendedahkan dia pengsan gara-gara mengalami hentakan yang kuat dalam kemalangan tersebut.
Namun, bersyukur tiada kecederaan serius selepas mendapatkan pemeriksaan di hospital.
“Disebabkan hentakkan kuat waktu accident tu, saya pengsan atas sebab ada concussion.
“My husband terus gegas bawak saya ke hospital. Dah buat CT scan and Xray, Alhamdullilah tak ada apa-apa,” kongsinya lagi.
Bukan Mangsa Keganasan Rumah Tangga
Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui trauma dek kejadian terbabit kerana tempat riadah tersebut selalu dikunjungi mereka sekeluarga.
“Port yang selalu kami pi tu elok ja sebelum ni, tapi malam tu saya rasa lain macam jalan dia licin.
“Taubat takmau pi situ dah.
“So kesimpulannya, bukan keganasan rumahtangga ya,” tulisnya.