Hiburan

Mata Merah Sampai Bernanah, Karl Shafek Risau 'Benda' Itu Datang Balik - "Penat Tau Tak, Tak Payahlah Cari Aku Lagi"

Amri Hassan
29/10/2020
12:50 MYT
Sponsor Banner
Mata Merah Sampai Bernanah, Karl Shafek Risau 'Benda' Itu Datang Balik - "Penat Tau Tak, Tak Payahlah Cari Aku Lagi"
Selepas berdepan masalah kemurungan sejak setahun lalu, hasrat pengacara dan pelakon Karl Shafek untuk kembali ke bidang seni terpaksa dilupakan ekoran masih berdepan masalah kesihatan.
Terbaharu, menerusi laman Instagramnya, Shafek, 40, memberitahu mata kirinya tiba-tiba mengalami kemerah-merahan yang teruk hingga bernanah sejak Rabu lalu.
Hal itu berlaku sejurus selepas dia mengumumkan untuk membuat kemunculan semula baru-baru ini.
Malah, pemilik nama Khairul Shafek Ibrahim ini juga berdepan dengan kejadian aneh apabila dia terlihat seperti semut sedang merayap di dalam matanya.
"Sebab itu aku malas dan rimas sikit dengan ayat 'Karl Shafek buat come back'. Baru seminggu konon nak come back 'dia ini' yang return kat aku.
"Dekat nak setahun duk jaga diri, jaga makan, jaga ubat, jaga kaunseling dan berubat sana sini. Ingatkan aku dah boleh rasa lega empat lima bulan ini.
"Sekali tak ada amaran apa-apa dia mai singgah mata kiri pula. Sembilan bulan lepas mata kanan. Pagi tadi bangun tidur siap ada nanah dalam mata.
"Vision pun sebelah mata nampak putih saja... lepas itu nampak macam ada semut merayap-rayap. Padahal semalam tak ada apa pun," tulisnya.
Shafek turuk berkongsi beberapa keping foto keadaan mata kirinya yang kelihatan bengkak dan kemerahan.
Dalam pada itu, Shafek memaklumkan dia juga menghidap penyakit autoimun yang akan menyerang sistem imunisasi badannya.
Malah, Shafek mengakui keletihan dan memutuskan untuk berehat sehingga tahun hadapan.
"Esok lusa ini confirm dia akan kacau body system aku jadi haywire balik. Scientifique, autoimmune disease yang tak kenal my own body system and keep on attacking sel-sel dalam badan seolah dia nak protect.
"Padahal dia attack badan sendiri. Penat tahu tak. Jadi, tak payah la cari-cari aku lagi. Aku nak masuk gua balik. Tahun depan baru aku keluar semula.
"Sebab yang mengadapnya nanti aku seorang juga. Reda... reda juga. Tapi semak tetap ada. Nak come back sangat kan. Hah hadap," katanya.
Sebab tu aku malas dan rimas sikit dengan ayat “Karl Shafek buat comeback”. Baru seminggu konon nak come back “dia ni” yang return kat aku. Dekat nak setahun dok jaga diri, jaga makan, jaga ubat, jaga kaunseling, berubat sana sini. Ingatkan aku dah boleh rasa lega empat lima bulan ni. Skali takde warning apa-apa dia mai singgah mata kiri plak. 9 bulan lepas mata kanan. Pagi tadi bangun tido siap ada nanah dalam mata. Vision pun sebelah mata nampak putih je pas tu nampak macam ada semut merayap rayap. Padahal semalam takde apa pun. Esok lusa ni confirm dia akan kacau body system aku jadi haywire balik. Scientifiqnua, autoimmune disease yang tak recognize my own body system and keep on attacking sel-sel dalam badan seolah dia nak protect. Padahal dia attack badan sendiri. Penat tau tak. So tak payah la cari-cari aku lagi. Aku nak masuk gua balik. Tahun depan baru aku keluar semula. Sebab yang mengadapnya nanti aku sorang juga. Redha redha juga. Tapi semak tetap ada. Nak come back sangat kan. Hah hadap.
A post shared by • ???? ?????? ??????? • (@karlshafek) on
Penyakit autoimun adalah keadaan yang timbul daripada tindak balas imun yang tidak normal ke bahagian badan yang normal.
Terdahulu, Shafek mendedahkan punca dia mengalami kemurungan apabila perniagaannya ditipu dan disantau.
Bagaimanapun, bekas MasterChef Selebriti Malaysia 2012 itu tidak menjelaskan lebih terperinci sebaliknya meluahkan rasa syukur keadaannya semakin pulih selepas menjalani rawatan dan terapi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar