Laman Utama
Matthew Perry Didakwa Gembira Sebelum Ditemui Mati, Bintang Friends Berduka
Kematian salah satu bintang siri Friends, Matthew Perry pada 28 Oktober lalu masih menjadi bualan media massa dan peminat.
Antara yang masih disorot media tempatan adalah sikap atau keadaan Perry sebelum ditemui lemas di dalam jakuzi di rumahnya di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Perry yang cukup terkenal menerusi wataknya sebagai Chandler Bing dalam Friends meninggal dunia pada usia 54 tahun.
Pada saat pihak berkuasa masih mencari motif kematiannya, TMZ melaporkan Perry berada dalam keadaan baik dan sangat gembira dengan kehidupannya.
Mendiang antaranya didakwa baru memberi komitmen terhadap sebuah projek filem. Dia juga baru berpindah masuk ke rumah tersebut tiga minggu lalu.
Sumber turut mendefinisi Perry tidak pernah gembira seperti 24 jam sebelum kematiannya.
Ironi peminat tahu Perry berperang dengan masalah kemurungan teruk selain sentiasa mencuba untuk pulih daripada ketagihan alkohol yang dihadapinya sejak bertahun lama.
Perry malah sebelum ini dilaporkan hampir mati pada usia 49 tahun akibat masalah yang dihadapi.
Dan setelah Perry benar-benar meninggal dunia, bukan hanya peminat tetapi rakan pelakon dalam sitkom Friends melahirkan kedukaan mereka.
Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan Jennifer Aniston, Lisa Kudrow, David Schwimmer, Courteney Cox dan Matt LeBlanc, mereka menyifatkan hubungan dengan Perry bukan sekadar teman pelakon.
“Kami sangat berduka dengan pemergian Perry. Kami telah daripada sekadar rakan pelakon.
“Kami adalah keluarga. Ada banyak perkara untuk diperkatakan namun buat masa ini kami mahu memberi penghormatan terhadap pemergiannya,” ujar mereka.