Laman Utama

Mawar Karim Terkejut Maryam Kata 'Sad' Masa Bercuti Di Taman Tema Dengan Fizo Omar - "Mungkin Ini Remeh, Tapi Bagi Saya Tidak"

Amri Hassan
18/01/2022
06:14 MYT
Sponsor Banner
Mawar Karim Terkejut Maryam Kata 'Sad' Masa Bercuti Di Taman Tema Dengan Fizo Omar - "Mungkin Ini Remeh, Tapi Bagi Saya Tidak"
Gara-gara berkongsi foto anaknya, Wan Maryam berseorang diri ketika bercuti di sebuah taman tema di Johor Bahru bersama bekas suami, Fizo Omar, usahawan Mawar Karim dituduh tidak 'move on'.
Malah, ada netizen yang mempertikaikan tindakan Mawar yang jarang berkongsi foto bersama anak perempuannya itu.
"Selalu nampak anak dengan Fizo ja. Gambar dengan Mawar tak pernah up pun. Bila masa Mawar ada dengan anak?" tulis seorang pengguna.
Jawab Mawar menerusi hantaran di Instagram Stories, Maryam memang tinggal bersamanya dan hanya bertemu dengan Fizo dua minggu sekali.
Malah, dia pernah dinasihati untuk tidak selalu berkongsi foto Maryam kerana gusar ada pihak yang iri hati.
"Maryam memang ada dengan saya. Setiap dua minggu sekali Maryam akan ke bapanya. Saya bukan la seorang yang setiap 5 minit buat live letak Marya, setiap 10 minit buat IG Story ada Maryam. Setiap 15 minit buat video banyak-banyak simpan, hari-hari kongsi di media sosial walaupun hakikatnya Maryam sudah tiada di situ.
"Bagi saya masa dengan Maryam amat privasi juga perlu jaga kualiti. Saya jarang kongsi cerita pasal Maryam kerana saya pernah ditegur oleh seorang hamba Allah, jangan selalu kongsi gambar atau aktiviti anak takut banyak penyakit Ain dan hasad.
"Jadi saya pegang kata-kata tu. Ya memang media sosial saya hanya kongsi bisnes sebab IG officials atas nama Mawar Karim bukan Maryam," ujarnya.
Terdahulu, Mawar menerima foto Maryam berseorang diri daripada seorang individu namun tidak didedahkan identiti.
Katanya, dia memandang serius dengan kejadian itu terutamanya selepas mendengar sendiri daripada mulut Maryam.
"Satu lagi ada hamba Allah hantar gambar dekat saya. Jadi, mana-mana ibu akan buat yang terbaik untuk anak-anak. Bila saya tunjuk gambar Maryam sorang-sorang di situ mesti menjadi tanda tanya. Yang menghairankan saya juga apabila Maryam sendiri cakap dengan saya, mummy Maryam merajuk sikit.
"Mungkin bagi anda perkara ini sangat remeh. Tapi bagi saya tidak. Mungkin juga awak tidak rasa, lalui, perkara apa yang saya sedang hadapi. Hanya melihat dari jauh," tambahnya.
Dalam hantaran berbeza, Mawar memuat naik video Maryam menyebut perkataan 'trouble' dan 'sad' ketika ditanya kenapa dia bersendirian di sana.
"Maryam cari daddy..panggil daddy. Maryam sad," kata Maryam dalam video tersebut.
Mawar berkahwin dengan Fizo pada November 2013 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.
Selepas dua tahun menduda, Fizo bernikah buat kali kedua dengan bekas pramugari, Fazeera pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar