Hiburan
Mawi Kongsi Momen Ketika Menjadi Fenomena Satu Malaysia - “Ada 40 Orang Bodyguard..”
Penyanyi, Mawi mengimbas kembali momen ketika zaman kegemilangannya sewaktu dinobatkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia musim ketiga.
Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani dia terpaksa memindahkan keluarganya ke tempat lain kerana kehidupan peribadinya sudah diketahui ramai.
“Macam nak gila lah, itu yang saya boleh gambarkan untuk menerima kejutan itu. Bukan saya sahaja tetapi keluarga dan orang-orang terdekat.
“Sampai saya terpaksa bawa keluarga pindah tempat lain. Terpaksa sebab privasi dah tak ada. Nak tak nak kena terima juga, saya ambil masa tiga bulan untuk terima benda itu.
“Benda ini real Mawi’. Saya bangun tiap-tiap hari, saya akan tepuk muka saya. Saya tengok TV menangis, hari-hari buka surat khabar menangis, dengar lagu Aduh Saliha pun menangis. Saya rasa itu menangis sebab terkejut,” ujarnya.
Pelantun lagu Kian itu juga berasa terkejut apabila melihat ramai peminat yang sanggup berkumpul di kawasan kediamannya ketika dia pulang ke kampung selepas memenangi program realiti itu.
“Masa saya balik kampung selepas rancangan itu, 500,000 orang sudah berkumpul. Dari Kota Tinggi ke Taib Andak memang jammed. Saya sampai dekat Tol Kulai, dah ada kereta polis tunggu.
“Polis escort, halau semua kereta dekat tengah jalan. Saya dah menangis. Bila sampai kampung dan lihat ramai orang, saya terfikir ini bukan Astro yang bayar. Baru saya sedar,” katanya.
Sementara itu, Mawi turut mendedahkan serama 40 orang pengawal yang perlu menjaganya ketika dia ingin keluar ke tempat awam.
“Masa tu nak pergi mana-mana ada bodyguard, bukan sorang dua ada 40 orang bodyguard, semua badan tegap.
“Saya ada nak pergi mall tempat saya kerja dulu, lepastu boss saya call suruh tunggu untuk bodyguard. Jadi 10 orang akan naik mall untuk check setiap tingkat, punya lah nak jaga saya,” tambahnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi kenangan mereka menyaksikan karier seni Mawi yang sedang berada di puncak ketika itu.
“Penangan Mawi World, masa tu aku sekolah rendah. Memang hype gila.
“Masa fenomena Mawi World ni aku undi Mawi tau. Aku pakai telefon mak, tahu-tahu kredit mak dah habis.
“Aku pun pernah berada masa fenomena Mawi World. Pergi pasar malam sampai orang jual tudung pun ada nama Mawi.
“Tak boleh dikalahkan sesiapa dekat Malaysia. Betul-betul padu, aura dia lain macam.
Sekadar info, Mawi meneruskan lagi kegemilangannya dalam industri seni tanah air apabila merangkul Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian selama dua tahun berturut-turut bagi edisi 2006 dan 2007.