Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Maybe Next One..."- Bukan Kembar, Dr Sheikh Muszaphar Beri Bayangan Mahu Isteri Hamil Lagi

Syafiqah Jalal 13/01/2023 | 08:52 MYT
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shah mengesahkan isterinya, Datin Dr Halina tidak hamil anak kembar untuk kandungan ke lima kali ini.

Namun Sheikh Muszaphar dilihat telah memberi bayangan mahu menimang cahaya mata kembar lagi selepas ini meskipun usia isterinya kini mencecah 44 tahun.

"Saya beritahu Dr Imelda untuk periksa sama ada, terdapat bayi kembar yang mungkin terselindung di balik rahim.

"Tetapi doktor bersungguh sungguh kata hanya ada satu degupan jantung.

"Bukan kembar kali ini. Tetap bersyukur Alhamdulilah. Maybe next one," katanya

Doktor kepada enam orang anak itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi kemas kini yang sama dia memuat naik rakaman video ketika pemeriksaan kesihatan ibu dan kandungan di sebuah hospital.

Dalam pada itu, Sheikh Muszaphar berkongsi keadaan terkini isterinya yang sedang hamil 12 minggu.

"Bacaan gula sedikit tinggi mungkin sebab kurang tidur malam.Kerja sampai 12 malam kat hospital.

"Lakukan ujian darah Chromosomal Blood. Juga cuba periksa jantina bayi.

"Bayi sihat, degupan jantung juga kuat dan membesar dengan baik. Bayi kini bersaiz buah pear," kongsinya.

Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta sepasang kembar, Eusoff dan Emilia.

#Hamil #Kembar #Isteri #Dr Sheikh Muszaphar #Bayangan
;