Laman Utama

“MCO Kan…” - Sambut Hari Bapa, Emma Maembong & Suami Makan Malam Romantik Di Balkoni Rumah

Azwa Rahman
21/06/2021
02:51 MYT
Sponsor Banner
“MCO Kan…” - Sambut Hari Bapa, Emma Maembong & Suami Makan Malam Romantik Di Balkoni Rumah
Aktres jelita Emma Maembong meraikan hari bapa buat julung kalinya bersama suami tercinta Shazli Azhar secara romantik di balkoni rumah.
Menerusi laman sosial Instagram, Emma berkongsi beberapa foto makan malam romantik bersama Shazli untuk tatapan umum.
“Selamat hari bapa yang pertama buat suami tercinta @shazli.a. @shariqgabriel tidur awal tak dapat nak ambil gambar sekali.
We love you so much babah. MCO kan so kita buat romantic dinner dekat balkoni rumah je. Tak ada la besar mana pun but perfect untuk kita berdua,” tulis Emma di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu juga, kelihatan balkoni rumah pasangan itu berubah menjadi sudut romantik dihiasi cahaya lampu dengan dekorasi menawan.
Lebih menariknya lagi, Emma dan Shazli hanya mengenakan baju santai berupa tshirt untuk meraikan makan malam romantik mereka.
Sementara itu di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Emma meraikan suaminya bersempena hari bapa dengan makan malam romantik di balkoni rumah.
Aww sweetnya Emma,” puji seorang wargamaya.
Bestnya. Nice view, romantic dinner, cantik sangat,” komen seorang wargamaya.
Seronoknya rumah ada balkoni macam ni,” kata seorang wargamaya lagi.
Imbas kembali, Emma melangsungkan perkahwinan dengan juruterbang Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan seorang bayi lelaki, Shariq Gabriel pada 11 November 2020.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar