Hiburan
Mechamato Bakal Ditayangkan Di Jepun 19 Januari Ini!
Filem animasi nombor satu negara, Mechamato Movie yang berjaya mengutip RM36 juta sewaktu tayangannya pada tahun 2022 kini bakal melakar sejarah baru sekali lagi.
Bakal ditayangkan di lebih 30 buah pawagam di seluruh Jepun bermula 19 Januari ini, MONSTA dengan kerjasama AEON Entertainment Japan yakin Mechamato Movie dapat menarik penonton dari segala lapisan umur ke pawagam.
BERITA TRENDING: BoBoiBoy Raih 3.5 Juta Tontonan Dalam 24 Jam!
Dalam pada itu, tayangan perdana diadakan pada 14 Januari lalu yang dihadiri dengan barisan pelakon suara, media, para peminat dari Jepun dan rakan strategik MONSTA disambut baik oleh rata-rata peminat.
Lebih membanggakan lagi pengiat animasi di sana yang turut hadir ke acara tersebut memuji hasil kualiti filem Mechamato Movie.
Sekadar info, Mechamoto turut memaparkan barisan alih pelakon popular Jepun seperti Ayumu Murase (Amato), Yoshitsugu Matsuoka (MechaBot) dan Kenjiro Tsuda (Jeneral Grakakus).
Siri Mechamato musim pertama dan kedua merupakan karya pertama dari Malaysia yang berjaya ditayangkan di televisyen nasional Jepun menerusi saluran TOKYO MX.
Di samping itu, lagu tema Mechamato Movie yang berjudul ‘Temaniku’ nyanyian artis tempatan Yonnyboii turut dinyanyikan semula dalam bahasa Jepun oleh penyanyi RUKA dari Jepun dan diberikan tajuk ‘Tomodachi’, bersesuaian dengan pemasaran di luar Malaysia.