Viral
Meet & Greet Teme Di PBAKL2024 Undang Lautan Peminat, Siap Trending Di Platform X!
Teme Abdullah merupakan salah satu figura popular dalam bidang penulisan. Selain buku-buku tulisannya yang diminati, jejaka ini juga meraih perhatian ramai disebabkan wajah dan identiti sebenarnya masih belum didedahkan kepada khalayak.
Justeru, tidak hairan jika ratusan peminat membanjiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL2024) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur bagi bertemu dengan penulis kegemaran mereka secara empat mata.
Sering kali memuat naik wajah yang disunting, kali ini, Teme hadir ke meet & greet yang diadakan di PBAKL2024 mengenakan sut verona hitam, lengkap dengan pelitup muka berona sama.Sekarang. Lautan pembaca sedang menunggu giliran untuk bertemu @itsteme. pic.twitter.com/yl2wESfWEs— Fakhri | Buku Baru “Sedikit, Tapi Cukup” (@fakhrifadzli) June 1, 2024
Teme juga melengkapkan gaya pada pertemuan tersebut dengan kaca mata gelap.Coffee break kejap + solat. Terima kasih kepada semua yang datang! ?. I’ll scroll through your posts tonight bila dah selesai meet & greet insya-Allah! pic.twitter.com/V7fWoZpTDy— teme Abdullah (@itsteme) June 1, 2024
Meninjau perkongsian peminat di platform X, rata-rata berasa teruja dapat bertemu dengan Teme, apatah lagi berbual secara dekat dengannya.
Justeru, tidak hairan jika acara bertemu peminat yang diadakan oleh Teme itu telah mencetuskan perbualan hangat di Internet, sehingga trending di tempat pertama di platform X.
Terdahulu, Teme pernah mengadakan sesi bertemu peminat pada 2018.
Sebelum bergelar penulis buku, Teme dikenali sebagai Pelukis Jalanan yang melukis bangunan-bangunan di kota tempat pengajiannya iaitu London.
Dari situ, Teme terilham untuk menulis sebuah buku yang berpandukan pengalamannya sendiri selama bergelar mahasiswa di United Kingdom yang berjudul Pelukis Jalanan.
Menceritakan tentang seorang mahasiswa Malaysia yang menampung kos pengajiannya sendiri di London dengan menjadi seorang pelukis.
Sumber: Platform X, Teme Abdullah
ARTIKEL BERKAITAN: Solihin Tak Tidur 4 Tahun Kerana Telinga Berdesing
ARTIKEL BERKAITAN: Raisa Pernah Kerja Kedai Runcit, Gaji Pertama Buat Beli Telur & Minyak Masak
ARTIKEL BERKAITAN: The Experts Diserbu! Jadi Pilihan Warga Johor Untuk Ditonton Di Pawagam
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Must-Watch Video