Laman Utama

#MEGASPONTAN2023 : Sherry Alhadad Akui ‘Struggle’ Nak Kendali Program Lawak - “Saya Bukan Pelawak Tapi…”

Asyikin Mayudin
08/06/2023
04:55 MYT
Sponsor Banner
#MEGASPONTAN2023 : Sherry Alhadad Akui ‘Struggle’ Nak Kendali Program Lawak - “Saya Bukan Pelawak Tapi…”
Pertama kali mengacarakan program lawak iaitu Mega Spontan 2023, pengacara Sherry Alhadad mengakui ia satu cabaran dan pengalaman baharu buatnya dalam industri seni.
Menegaskan dirinya bukan seorang pelawak, Sherry bagaimana menganggap program itu salah satu cara untuk menguji kemampuannya dalam mengendali sesebuah program lain selain yang kebiasaannya.
“Benda pertama sekali saya nak cakap, saya bukan pelawak. Tapi, saya hanyalah pengacara atau pengantara di tengah-tengah itu. Kalau kita tengok peserta dengan saya macam saya nak kena catch up tenaga mereka.
“Saya pun nak kena catch up dengan diri sendiri. Macam saya cakap la, benda ini pengalaman baharu untuk saya. Saya pun nak kena lebih peka bila di atas pentas.
“Sebenarnya agak terkejut la tapi tak apa, ini adalah cara untuk kita menguji diri kita sejauh mana boleh pergi. Selalunya saya handle program hiburan seperti nyanyian,” katanya kepada Gempak.
Sherry ditemui ketika selesai program Mega Spontan 2023 yang berlangsung pada Jumaat lalu.
Dalam pada itu, Sherry turut mengakui bukan mudah untuk mengendali program yang mempunyai peserta-peserta hebat terdiri daripada selebriti yang sememangnya mampu membuat lawak spontan.
“Susah… saya rasa sebab mereka ini (peserta) terdiri daripada lawak, penyanyi dan sebagainya. Ini kali pertama saya mengacarakan program lawak. Jadi baru tahu macam mana tenaga mereka sangat besar.
“Kita pun nak kena ikut tenaga mereka. Lagi-lagi program ini spontan kan, kalau pertandingan menyanyi kita tahu ada sesi latihan, dah tahu lagu apa… tapi ini spontan, kita tak akan tahu apa berlaku di atas pentas,” ujarnya.
Mega Spontan 2023 dihoskan oleh Sherry Alhadad manakala Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai pengacara bersama untuk menanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.
Turut disertakan barisan mentor yang digalas Zizan Razak yang mewakili kerajaan Majakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Campaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.
Gerak-geri setiap pemain pula akan dinilai oleh Datuk Afdlin Shauki sebagai Game Master.
Afdlin akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, hukuman buat kumpulan yang tercorot dan pemberian Immuniti kepada pemain mahu pun kumpulan.
Minggu ketiga menyaksikan kerajaan Srivijanda masih berada pada kedudukan pertama manakala Manjakelat ditempat terakhir dan Langkataksuka berjaya mendapatkan immuniti ketika di segmen akhir.
Jadi disebabkan itu, Manjakelat terpaksa memasuki Bilik Mega Merenjis bagi menjalani hukuman buat pertama kali.
Mega Spontan bersiara secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang setiap Jumaat, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan fleksible, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.
Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati Mega Spontan di Astro.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar