Laman Utama

“Melampau! Kalau Ya Pun Nak Lariskan Blog, Janganlah Sampai Jadi Fitnah…” – Ieda Moin Terkilan Dituduh Cipta Alasan Elak Vaksin

Fiza Kamarudin
12/09/2021
03:35 MYT
Sponsor Banner
“Melampau! Kalau Ya Pun Nak Lariskan Blog, Janganlah Sampai Jadi Fitnah…” – Ieda Moin Terkilan Dituduh Cipta Alasan Elak Vaksin
Pelakon Ieda Moin terkilan apabila sebuah forum hiburan memuat naik artikel yang diambil dari sebuah portal dan menukar tajuk utama sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan pembaca.
Ieda berkata, portal tersebut sengaja mensensasikan artikel di blog mereka dengan menulis tajuk ‘Ieda Moin Pun Tak Ambil Vaksin Alasannya Vagina Berdarah’.
Perkara tersebut telah mendatangkan fitnah dalam kalangan netizen sehingga ada menuduhnya sengaja mencipta alasan untuk mengelak vaksin termasuk yang memanggilnya anti vaksin.
“Melampau dan kurang ajar! Headline macam tu hanya untuk melariskan blog ke? Setahu saya temuramah asal bersama portal itu saya kata ada masalah pendarahan ovari.
“Pendarahan ovari dan masalah rahim dialami menyebabkan proses pengambilan vaksin saya tertangguh.
“Jadi tajuk blog tersebut yang kata saya tak ambil vaksin sebab vagina berdarah tu memang dah lain maksudnya.
“Sampai ada yang kata saya anti vaksin, sengaja cari alasan tak nak suntik vaksinlah…Mengundang fitnah, memang melampau!” katanya.
Tambah Ieda, dia sudah pun mengambil vaksin pertama pada 9 September lalu selepas menangguhkan beberapa sesi atas nasihat doktor.
“Saya ada hypertension, tekanan darah tinggi sehingga menganggu sistem dalaman badan dan berlaku pendarahan di ovari kerana saya memang dah lama ada masalah pada bahagian rahim.
“Sebab itulah beberapa sesi vaksin sebelum ini ditangguhkan atas faktor kesihatan,” katanya yang akan melengkapkan dos kedua jenis Pfizer pada 30 September ini.
Dalam pada itu, Ieda turut menasihati blog tersebut supaya lebih beretika membuat laporan berita supaya tidak mengundang fitnah dan mengaibkan orang lain.
“Kalau ikutkan saya memang nak ambil tindakan sebab ‘headline’ ditulis memang mengaibkan dan buat orang salah faham.
“Tambah-tambah lagi jika orang hanya membaca tajuk tanpa melihat isi yang ditulis. Dek kerana ‘headline’ tidak masuk akal macam tu, silap-silap boleh tutup periuk nasi orang lain,” katanya kesal.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar