Laman Utama

Melissa Barrera Dibuang Dari Filem Scream Kerana Pro Palestin

Maliah Surip
24/11/2023
15:02 MYT
Sponsor Banner
Melissa Barrera Dibuang Dari Filem Scream Kerana Pro Palestin
Aktres Melissa Barrera dibuang atau digugurkan daripada terlibat dalam pembikinan naskhah baru Scream kerana disifatkan seorang yang antisemastisme.
Barrera sebelum ini sering berkongsi tentang kekejaman Israel dan mendukung Palestin di media sosial.
Dia juga sempat berkongsi semula kiriman yang menyifatkan Israel sedang melakukan pembunuhan dan penghapusan etnik secara beramai-ramai di Palestin.
Bintang filem kelahiran Mexico itu bagaimanapun dilihat tetap berani dengan pendiriannya.
Bukan meminta maaf kerana takut kehilangan pekerjaan atau diboikot, Barrera sebaliknya mengatakan diam bukan pilihan buatnya.
“Saya berdoa siang dan malam agar tidak ada banyak kematian, tidak ada lagi kekejaman dan semua kembali aman.
“Saya akan terus bersuara buat mereka yang memerlukan dan terus bercakap tentang hak kemanusiaan dan keamanan buat semua.
“Diam bukan pilihan,” tulisnya seperti dilaporkan BBC.
Sebelum namanya diumumkan gugur daripada filem seram tersebut, Barrera sempat membuat hantaran berbunyi: “Pada akhirnya saya tidak peduli apabila disisihkan.”
Barrera merupakan salah seorang bintang utama francais Scream sebelum ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar