Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Memang Benar Abah Saya Sakit Tapi Tak Pernah Minta Bantuan” – Anak Gmie Screen Nafi Minta Derma

Fiza Kamarudin 03/04/2021 | 01:45 MYT

Anak kepada penyanyi Gmie Screen memohon orang ramai agar tidak tertipu dengan surat derma ikhlas yang dikutip untuk bapanya, seperti yang tular di media sosial.

Anak Gmie yang dikenali sebagai Siti Hadirah telah membuat hantaran di laman sosialnya untuk memberitahu keadaan sebenar.
“Di sini saya ingin menyatakan tentang surat derma ikhlas kepada abah saya yang tersebar di platform media sosial adalah tidak benar.
“Semuanya kerana salah faham sahaja. Memang benar abah saya sedang tidak sihat. Hanya mohon doa daripada anda semua agar abah saya cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
“Saya post tentang perkara ini untuk menjaga emosi abah, mama serta keluarga saya sendiri. Diharap semua memahami dan mendoakan yang baik-baik untuk keluarga saya,” katanya.
Sementara itu, Gmie berkata dia tidak pernah meminta sesiapa untuk mengadakan kutipan derma atau sumbangan buat dirinya.
"Saya tidak pernah menganjurkan sebarang kutipan seperti yang tersebar. Saya tak mahu orang salah faham.
“Nanti apa pula orang fikir kalau saya tidak jelaskan hal sebenar? Orang akan cakap artis ni asal sakit je nak minta sumbangan.
“Lagipun, saya masih boleh usaha untuk perubatan dan penyembuhan,” katanya.
Kata bekas finalis Gegar Vaganza 3 itu lagi, dia mengalami penyakit buah pinggang bocor sejak lima bulan lalu.

Dia juga pernah ditahan di wad Hospital Shah Alam dan dselama sebulan untuk rawatan lanjut dan kini bergantung kepada ubat-ubatan dibekalkan hospital.

“InsyaAllah, ujian ini Allah yang bagi dan saya reda. Saya yakin saya akan sembuh…Doakan ya,” katanya.

#Sakit #GV3 #Gmie Screen #hospital
;