Hiburan

“Memang Benar Kami Pernah Bersekolah Di Sana, Namun…” - Rabbani Tampil Beri Penjelasan Mengenai Al-Aqram

Ainun
25/09/2024
18:44 MYT
Sponsor Banner
“Memang Benar Kami Pernah Bersekolah Di Sana, Namun…” - Rabbani Tampil Beri Penjelasan Mengenai Al-Aqram
Kumpulan nasyid popular, Rabbani mendedahkan mereka pernah menuntut ilmu di pusat pengajian Al-Aqram pada suatu ketika dahulu.
Menurut vokalisnya iaitu Azadan, apa yang mereka pelajari dahulu di pusat pengajian tersebut sangat berbeza dengan apa yang berlaku sekarang.

“Memang benar, kami pernah bersekolah di Al-Aqram. Namun, pengalaman belajar kami dahulu tidak sama seperti sekarang.

“Satu perkara yang perlu diketahui adalah, apa yang berlaku di Al-Aqram dahulu 90 peratus tidak sama dengan apa yang berlaku di GISB,” katanya ketika ditemui di sidang media Konsert 5 Rukun 2.0 yang diadakan RCDBig Studio, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada Selasa.
Jelas Azadan, pusat pengajian Al-Aqram dahulunya memiliki banyak kebaikan, namun ia musnah akibat campur tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Dulu di Al-Aqram, banyak kebaikan dapat dilihat dari sudut pengajian dan ekonominya yang berjalan dengan baik. Namun, selepas campur tangan GISB, saya tidak boleh menerimanya.

“Jadi, bagi kami yang berada di luar, kami memilih untuk meraikan orang sekeliling, kerana kami telah berdepan dengan pelbagai ragam, sehingga kami boleh menerimanya”, jelasnya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: “Tak Semua Suka Lihat Kita Bahagia” - Elak Penyakit Ain, Elvina Pilih Kurang Kongsi Gambar Anak

BERITA TRENDING: “Rumah Tangga Ini Banyak Fasa…” - Sebak Baca Kisah Fattah & Fazura, Kak KM Beri Nasihat Buat Pasangan Berkahwin

Selain itu, kumpulan yang terkenal dengan lagu Intifada itu turut menasihati untuk sentiasa melakukan kebaikan terhadap ahli keluarga GISB kerana mereka memerlukan sokong dari orang ramai.
“Khususnya untuk ahli keluarga GISB, kita perlu meraikan mereka dan tidak menyisihkan mereka kerana mereka memerlukan sokongan kita semua.

“Kepada rakan-rakan yang masih berada di GISB, apabila keluar nanti, jangan takut untuk bermula dari bawah. Amalkan kembali ajaran agama Islam yang asal dan carilah guru yang betul.

“Seperti yang Ustaz Asri katakan sebelum ini, apabila ketaksuban menyelubungi hidup kita, memang sukar untuk kita keluar dari situ”, jelasnya.

BERITA TRENDING: “Kami Tak Pressure, Hanya Go With The Flow..” - Syamim Freida Mohon Doa Rezeki Anak

BERITA TRENDING: Sal Priadi Bakal Muncul Dengan Konsert ZuzuZaza Live In Kuala Lumpur, Janji Berikan Elemen Audio Visual Kreatif Terbaik Buat Peminat!

Dalam masa yang sama, salah seorang ahli kumpulan Rabbani, Ustaz Asri Ubaidullah menyokong kenyataan sahabatnya itu dengan mengatakan bahawa perubahan memerlukan masa yang agak lama.
“Jangan butakan hati dan mata dalam menerima ilmu walaupun ianya memakan masa yang lama”, katanya.
Untuk info, kumpulan Rabbani ditubuhkan dibawah naungan Al-Aqram yang diketuai oleh Ashaari Muhammad atau dikenali sebagai Abuya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar