Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Memang Darjat Ibu Kena Tinggikan Daripada Sesiapa Pun” - Fizo Omar

Asyikin Mayudin 27/02/2024 | 07:55 MYT

Pelakon Fizo Omar menganggap darjat seorang ibu perlu diletakkan lebih tinggi daripada sesiapa pun kerana doanya yang membawa kehidupan seseorang itu lebih berjaya dan bahagia.

BERITA TRENDING: Isu Pengikut Media Sosial Kurang Senang Dengan Mentua, Isteri Fizo Berpendapat – “Masuk Saja Alam…

Fizo turut berpesan agar menjadikan ibu sebagai keutamaan dengan memberikan ‘gaji’ atau ‘elaun’ setiap bulan sebagai tanda penghargaan atas doanya.

“Patut semua orang dah tahu, memang ibu kena darjat kena tinggikan daripada sesiapa pun. Dia yang paling kita kena utamakan. Siapa yang masih ada ibu, tidak mempergunakan ibunya, dia rugi tau.

“Guna itu macam mana? Guna ibu… ibu ini kau boleh bagi gaji bulanan, bagi elaun setiap bulan. Kerja dia apa? Kerja dia doa saja. Kerja dia minta saja, kau nak buat apa-apa hari-hari.

“Beritahu saja, hari ini nak keluar, nak buat ini la, busines ini, kerja ini, doa sikit. Doa ibu tak pernah ditolak tau. Kadang-kadang macam saya ini, saya tak hebat, saya pun tak tahu macam mana Allah bagi rezeki pada saya.

“Sebab saya ini rasa biasa-biasa saja. Ramai lagi orang lain yang lebih hebat, dari kerja kuat. Tapi mungkin, yang ini saya yakin… doa ibu saya. Hari-hari saya suruh dia doa,” katanya menerusi video TikTok Pa&Ma.

Pada perkongsian yang sama, Fizo juga berkata seseorang itu sangat rugi sekiranya tidak menggunakan ibu sebagai senjata doa untuk kehidupan harian.

“Takkan doa kosong saja. Berilah dia elaun dekat dia. Bagi gaji kat dia, semangat sikit dia nak doa untuk kita. Jadi, itu maksudnya saya mempergunakan ibu.

“Kalau orang yang ada mak, tak gunakan kelebihan seorang ibu, memang rugi sangat. Korang rugi sangat. Bila kita tahu darjat seorang ibu itu disisi Allah S.W.T baru la kita tahu ‘uish power mak aku ini’.

“Baru kita sayang dia lebih. Semua nak berjaya kan, nak kaya, nak hebat, nak bahagia, gunalah mak. Mak saja access dengan Allah. Allah yang beri pada kita,” ujarnya.

#Fizo Omar #Darjat ibu #Doa ibu #Ibu Fizo
;