Hiburan
“Memang Dia Tak lahirkan Aku Tapi Suami Aku, Eh Tak Yah Ulang Banyak Kali Lah” – Isteri Atu Zero
Isteri pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari berpesan agar menghormati ibu mentua sama seperti ibu sendiri.
Shafeeqa memberitahu perkara itu menerusi kemas kini terbaru akaun Instagramnya sempena hari ibu semalam.
“Mentua ku… Memang dia tak lahirkan aku, tapi dia lahirkan suami aku… Eh tak yah ulang banyak kali lah.
“Hormat... Itu pasti, tanggungjawab suami jangan kita pertikaikan. Biarpun aku ni sepatah haram pon tak faham kalau berbual ngan dia.
“Kena ada translato. Apa yang kau rasa, mentua mu pun kena rasa. Sebab yang berikan itu adalah suami mu yang dia lahirkan... Semoga anak-anak ku ambil contoh yang baik dari kami,” tulisnya.
Selain itu, Shafeea juga tidak ketinggalan mengimbas kembali kenangan bersama atuk selain berterima kasih kepada ibunya kerana membesarkannya dengan penuh kasih sayang.
“Happy Mother’s Day... Untuk atok walaupun tak ada ig tapi aku nak seluruh dunia tahu yang dia jaga aku dari kecik.
“So tak yah lah orang duk ingatkan aku yang atok jaga aku sebab kenangan aku ngan atok lebih dari sejarah hang tuah di muzium Melaka.
“Semoga Allah berikan atok kesihatan yang baik, kawan bertekak aku, @khadijahabusahil hardworking woman.
“Pasal duit memang aku tak ada masalah dari aku kecik. Aku memang tak pernah hidup susah sebab mak aku.
“Mak aku yang bekerja memerah keringat dia nak besarkan aku dengan perfect. Tapi aku memang suka cari gaduh ngan mak aku ni.
“Kuat melawan aku ni tapi dalam doaku tidak pernah aku lupa dia adalah ibu kandung ku. #kamibokittalovers,” coretnya.
Atu dan Shafeeqa telah berkahwin pada 8 Februari 2016 di kediaman wanita itu di Batu Pahat, Johor.
Mereka telah dikurniakan dua cahaya mata, Sumayyah, 3, dan Sharif Salahuddin yang dilahirkan pada 20 April lalu.
Foto: Instagram @shafeeqajohari