Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Memang Handsome! Norman Hakim Tukar Warna Rambut Hanya Untuk Watak Emran

Mya Amri 22/01/2020 | 09:35 MYT
Pelakon Norman Hakim mengakui hanya menukarkan warna rambutnya mengikut kesesuaian watak dan karakter Emran dalam drama terbaru berjudul Chandelier.
Norman memaklumkan perkara itu dengan membalas komen peminat menerusi akaun Instagram miliknya.
Difahamkan Norman juga tidak berniat untuk mengekalkan warna tersebut dalam tempoh yang lama.
“@yatt3793 Untuk #dramachandelier je rambut ni, lepas itu nak botak,” tulis Norman.
“@kliep_ Ha’ah hanya untuk watak Emram dalam #DramaChandelier,” komen Norman.
Selain rambut, rata-rata pengikutnya juga meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat gandigannya bersama Mimi Lana dan juga Ben Amir.
“Dua-dua ada lesung pipit la hehe tak sabar tunggu drama ni,” tulis @ejalalalala
“Adoi... Seramlah kalau dia dah kembali kan taring dia,” komen @haidziro_lady_roger
Terdahulu, gaya dan warna rambut terbaru Norman telah mendapat perhatian netizen.
Lebih-lebih lagi apabila penampilannya itu membuatkan Norman kelihatan mudan dan lebih kacak.
“Gila Tak Nak Kalau Sugar Daddy Macam Ni!” – Baru Tukar Warna Rambut, Norman Hakim Buat Netizen Cair
Drama Chandelier bakal ditayangkan bermula 10 Februari, Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di RIA (saluran 104) dan RIA HD (saluran 123)
#Norman Hakim #Chandelier
;