Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Memang Next Level! Busana Biru Keluar Asap! Bunga Siap Berpusing, Aina Abdul Berhabis RM400,000 Hanya Untuk Baju Konsert!

Mya Amri 19/11/2023 | 03:55 MYT

Penyanyi Aina Abdul sanggup berhabis kira-kira RM400,000 demi memastikan persembahan pada malam konsert A Night With Aina Abdul 3.0 meninggalkan kesan di hati peminat.

Bagaimanapun ternyata pengorbanan Aina itu berbaloi apabila rata-rata peminat yang hadir mengatakan rasa puas hati menghadiri konsert penyanyi kesayangan mereka itu.

Bercerita mengenai busana yang menjadi perhatian itu, Aina berkata dia hanya mempunyai masa sehari sahaja untuk mencuba kesemua persalinan tersebut.

“Kita ada lima baju, value kesemua baju kali ini dan totalnya hampir RM400,000, itu kos untuk baju sahaja.

“Saya hanya ada sehari sahaja untuk cuba baju itu semua iaitu pada Jumaat sebab itu saya sangat-sangat gementar.

“Kali ini saya punya tahap gementar lebih sedikit berbanding konsert Aina di Istana Budaya. Dulu di sana vibe rasa lain.

“Saya rasa sebab tempatnya di Axiata Arena jadi vibenya itu ‘memanggil’, saya gembira semuanya berjalan dengan lancar.

“Saya rasa sudah tentu busana berwarna biru adalah baju yang paling diperkatakan oleh peminat,” jelasnya.

Aina berkata demikian ketika ditemui pada sidang media A Night With Aina Abdul 3.0 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Mengulas lanjut mengenai keunikan busana biru yang mengeluarkan asap di bahagian lengan dan juga bunga berpusing di baju berkenaan, Aina berkata baju tersebut sebenarnya dikawal oleh jurutera.

“Itu adalah design daripada Zaimi Zukafli yang pernah bekerjasama dengan saya semasa konsert Aina 2.0, baju berwarna oren.

“Dia gabungkan sains dan juga fesyen dalam satu karya, jadi kalau anda tengok pergerakkan dan asap-asap itu kesemuanya adalah jurutera yang lakukan.

“Mereka bersedia dekat tepi dengan laptop mereka, sistem coding dan alat kawalan jauh untuk mereka kawal dari bawah.

“Baju itu penuh dengan wayar sebenarnya tapi mujurlah bila pakai baju itu, tidak berat. Alhamdulillah.

“Sebenarnya ketika sesi soundcheck dan pakai baju itu, asapnya tidak keluar. Jadi kami semua ada sedikit rasa risau.

“Namun sewaktu konsert, nasib baiklah semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar,” ujarnya.

Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung dengan meriah di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan kehadiran hampir 10,000 penonton.

Aina telah menyampaikan sebanyak 34 buah lagu antaranya Sepi, Semalam, Terus Hidup, Shadow, Puas Sudah, Sumpah, Kelip-Kelip dan banyak lagi.

Konsert berkenaan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi jemputan iaitu Khai Bahar, Lah Ahmad dan Haziq Rosebi.

#Konsert #Fesyen #Busana #Aina Abdul #A Night With Aina Abdul #A Night With Aina Abdul 3.0 #Baju Berasap
;