Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

“Memang Sengaja Buat Jarang Sebab Nak Nampakkan Jahitan” – Pereka Fesyen Jawab Kenapa Buat Baju Melayu Transparent!

Fiza Kamarudin 17/03/2020 | 05:53 MYT
Beberapa hari lalu kecoh di media sosial selepas tular sebuah video seorang model lelaki memakai baju Melayu jarang yang menampakkan seluruh tubuhnya pada sebuah persembahan pertunjukan fesyen Hari Raya.
Baju Melayu tersebut menampakkan keseluruhan bahagian atas badan dan dari bawah lutut hingga ke buku lali model.
Bagaimanapun pada bahagian pusat sehingga bawah lutut tidak terdedah kerana dilindungi dengan kain samping.
Pereka fesyen, Firdaus Abd Razak atau lebih dikenai sebafai Afeer dikecam warga net kerana rekaan terlebih uniknya itu.
Menerusi laman Instagram Afeer Kuala Lumpur, pereka fesyen muda itu telah menjelaskan mengapa pakaian tradisional tersebut direka sedemikian.
Katanya baju Melayu tersebut sengaja dibuat jarang kerana mahu menampakkan jahitan di bahagian dalamnya yang berkualiti.

Alhamdullilah, My 1st runway show for raya collection really went well.. Special thanx to all the models and also my team.. This is One of My Raya Collections. ... Model: @chrischanwy ... #bajuraya #rayacollection #balikkampung #balikkampungraya

A post shared by Afeer Kuala Lumpur Wedding (@afeer_kualalumpur) on

Afeer turut memohon maaf kerana telah mengguris hati ramai pihak yang menganggap dia menghina rekaan baju Melayu.
“Terlebih dahulu Afeer ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kerana telah mengguris hati ramai pihak disebabkan baju Melayu jarang.
“Sebenarnya Afeer sengaja buat baju jarang untuk menampakkan bahagian dalam untuk menampakkan jahitan baju tersebut.
“Afeer nak penonton melihat sendiri jahitan baju melayu tersebu kerana butik kami menerima tempahan jahitan baju, kami tak buat RTW atau konsep baju sedia ada.
“Jadi Afeer perlu tunjukkan kualiti jahitan baju dari butik Afeer,” katanya.

repost via @instarepost20 from @afeer_razak KISAH BAJU MELAYU VIRAL . Terlebih dahulu Afeer ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kerana telah mengguris hati ramai pihak disebabkan baju melayu jarang .. Sebenarnya Afeer sengaja buat baju jarang untuk menampakkan bahagian dalam. Iaitu untuk menampakkan jahitan baju tersebut. Dimana Afeer nak penonton melihat sendiri jahitan baju melayu tersebut. Hal ini kerana di butik Afeer menerima tempahan jahitan baju, kami tak buat RTW atau konsep baju sedia ada, jadi Afeer perlu tunjukkan kualiti jahitan baju dari butik Afeer. Fashion Show yang kami buat oada hari tersebut hanya berskala kecil, dimana penonton dalam 100pax. Jadi penonton boleh lihat lebih dekat hasil jahitan tersebut. .. Afeer juga mengambil kira Aurat lelaki dimana kami telah memakaikan sampin dari paras pusat hingga lutut. Jadi tak menjadi masalah utk model menggayakan di fashion show tersebut. Aurat masih terpelihara. Malah pada hari tersebut Afeer juga menyediakan model berbaju melayu lengkap. Iaitu baju yang siap dan menutup badan. Dimana penonton boleh lihat baju bahagian dalaman(model A) dan luaran(model b). .. Pada yang risau takut baju ni akan dikeluarkan, jangan risau. Baju ini hanya untuk diguna pada hari fashion show tu saja. Afeer tak buat RTW. Cuma untuk menunjukkan kualiti jahitan. .. Diharap dengan penerangan ini dapat menjelaskan isu berbangkit yang telah viral semenjak 2 hari lepas. Sekali lagi Afeer menyusun jari sepuluh memohon maaf diatas kisah baju yang menyebabkan kemarahan orang ramai Terima kasih ... Model: @chrischanwy @hazranaziz Photo: @monomikael

A post shared by Afeer Kuala Lumpur Wedding (@afeer_kualalumpur) on

Tambahnya sebelum mengadakan pertunjukan fesyen dan mereka baju Melayu tersebut, dia sudah mengambil kira faktor aurat lelaki.
“Afeer juga telah mengambil kira aurat lelaki dan kami telah memakaikan sampin dari paras pusat hingga lutut.
“Jadi tak menjadi masalah untuk model menggayakannya di fashion show tersebut kerana aurat masih terpelihara,” katanya.
Dakwanya lagi, dia turut menyediakan model berbaju Melayu lengkap dan menutup badan.
“Jadi penonton boleh tengok baju bahagian dalam dipakai model A dan luaran model B.
“Jangan risau baju ini diguna hanya pada hari pertunjukan fesyen sahaja,” jelasnya.
#Viral #Viral #Baju Melayu Transparent #Raya 2020
;