Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Membazir”- Lebih Puas Makan Di Restoran Berbanding Buffet Hotel 5 Bintang? Sifat Tokey Mydin Dipuji Ramai!

Hanafis Haris 12/04/2022 | 06:40 MYT

Merendah diri dan bersederhana! Mungkin Itu yang diamalkan oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin setiap kali tibanya Ramadan.

Menerusi satu posting di Instagram, Ameer memaklumkan dia lebih menikmati makanan yang ringkas dan sederhana.

Malah, Ameer akui dia lebih cenderung untuk memilih makanan sedemikian berbanding menu mewah seperti buffet di hotel lima bintang.

Menurutnya, dia merasakan makanan di hotel seperti satu pembaziran.

“Selepas tarawih, saya menikmati thosai dan teh tarik kurang manis.

“Perkara yang simple dalam kehidupan lebih enjoy.

“Menikmatinya lebih dari buka puasa buffet 5 bintang (satu pun tak pergi tahun ini, rasa membazir)” tulisnya.

Sementara itu, menerusi ruang komen, kebanyakan netizen bersetuju dengan pandangan pemilik gedung pasaraya Mydin itu.

Menurut mereka, adakalanya makanan yang ringkas dan murah lebih seronok dinikmati kerana lebih puas.

“Merendah dirinya datuk, selamba je lepak kedai mamak”.

“Buffet memang membazir, senak perut tapi tak sedap. Tarawih ke laut”.

“Betul setuju tu Datuk, saya pun suka simple-simple. Membazir amalan syaitan,” tulis beberapa netizen.

A post shared by Ameer Ali Mydin (@ameermydin)

#buffet #Ameer #Hotel #Mydin
;