Berita
"Membuka Mataku Erti Kesyukuran" - Afdlin Shauki Bantu Pelarian Rohingnya
Pelakon dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki akui misi kemanusiaan membantu pelarian Rohingnya yang dijalankan di Bangladesh telah membuka matanya terhadap erti kesyukuran.
Menurut akaun Instagram (IG) miliknya, Afdlin memberitahu dia bersyukur kerana misi itu mengajarnya betapa remehnya masalah yang pernah dilalui jika hendak dibandingkan dengan pelarian Rohingnya.
Bagaimanapun dia lega kerana berjaya membantu sebahagian pelarian tersebut sehingga memasuki hari terakhir.
A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
Afdlin mengagihkan makanan asas kepada pelarian Rohingya menerusi misi kemanusiaan tersebut.
Misi tersebut dianjurkan oleh Yayasan Afdlin Shauki bersama Yayasan Kubra dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Bangladesh sejak 5 November lalu.
Foto: Instagram Afdlin Shauki
Must-Watch Video